REVIEW : LOREAL GENTLE LIP AND EYE MAKE-UP REMOVER


Tak sah kalau kita bermake-up tapi tak ada make up remover kan? Rasa macam muka tak bersih je. Jujur, sebelum kenal dunia makeup ni, setiap kali pakai makeup, tak kira waterproof ataupun bukan, memang malas tahap mahadewa nak pakai make-up remover. First, Mia rasa macam leceh tau. Nak kena ambil cotton pad, lepastu dap dap make-up remover dekat muka. Rasa malas sangat. Selepas dah rajin guna make-up yang waterproof, masa cuci muka, make-up memang susah sangat nak tanggal. Rasa geram je kenapa make-up ni taknak hilang. Jadi Mia pun pergi ke drugstore berdekatan dan capai satu Make-up Remover Loreal.

Tang mana bestnya Loreal Gentle Lip and Eye Make-up Remover ni? Macam yang kita tau, makeup remover ni ada dua jenis, water-base dan oil-base. Untuk make-up yang biasa-biasa, yang just letak lipstick, bedak sikit, kening sikit tu kan, boleh guna yang water-base. Oil-based ni kalau jenis korang make-up pakai eyeshadow, mascara, foundation tebal tu sebab lebih senang make-up nak tanggal dan bersih. Tak bestnya guna oil-base ni ialah muka korang akan rasa melekit sikit lah sebab minyak. Tapi make-up memang akan tanggal dengan sangat mudah!

Bestnya tentang Loreal Gentle Lip and Eye Make-up Remover ni, walaupun ia sejenis water-base tapi power dia macam oil-base punya makeup remover tau! Korang just kena dap sekali, korang punya makeup akan hilang dengan sangat mudah. Untuk muka yang guna foundation, lipstick, eyebrows, blusher, dan concealer hanya perlu dua cotton pad sahaja. Nampak tak, jimat dan sangat senang nak buang makeup. Paling penting, tak rosakkan muka! 

Mampu hilangkan waterproof make-up

Mampu menghilangkan tanpa rasa kesakitan

Harga pun mampu milik.

Tapi depends on jenis kulit jugak, ada yang tak tahan dengan bahan kimia ada juga yang tahan. Tapi sepanjang Mia guna Loreal Gentle and Eye Make-up Remover ni, Mia memang recommend sangat produk ni sebab sangat best! Apa jenis make-up remover korang? Ce share.

2 comments: