Showing posts with label BEAUTY. Show all posts
Showing posts with label BEAUTY. Show all posts


Heyyoo gais, Myra ni takde lah seorang yang jenis ber-skincare regime sangat. Kebiasannya memang akan stick dengan satu-satu product tu sehingga lah dah tak sesuai baru tukar. Baru-baru ni, Myra try pakai Forever Aloe Scrub ni dari Forever Living. Sebotol ni berat dalam 118ml dan tesktur dia agak sedikit kasar kerana ianya bagus untuk exfoliator. Khas untuk muka yang kusam, kasar, dan boleh membuang sel sel kulit mati. Myra bukan pakai dekat muka je, disebabkan ianya sesuai untuk dipakai untuk kegunaan harian, Myra pakai juga untuk scrub kaki sebab kita kena jaga seluruh badan kita gais, bukan muka je. Lagi satu packaging dia pun syok wei, ditutup kemas dan jenis yang picit tu. Jadi tidak membazir, memang boleh agak sendiri berapa banyak yang patut digunakan pada satu satu masa. Jimaatt!



Tahu tak kelebihan scrub ni apa? Biasa kita selepas pakai cleanser, kita akan pakai toner, moisturizer, dan sunscreen kan? Scrub biasanya akan dipakai selepas kita guna cleanser, seminggu sebaiknya sekali atau dua kali je, supaya kulit kita bersih. Kalau boleh jangan lebih dari dua kali, takut tisu kulit kita koyak. Scrub memang tekstur nya kasar, takut kulit luka. Rosak, kena pergi dokter untuk sembuhkan balik. Berapa pula cost tu kan..... huhu...




"Lebih dari sekadar kulit" adalah slogan Forever Aloe Scrub. Gabungan unik gel Aloe vera dan Minyak Jojoba tulen, pembersih kulit yang berkesan ini cukup lembut untuk kegunaan harian dan cukup kuat untuk membersihkan kotoran yang menyebabkan masalah kulit. Scrub ni juga akan membersihkan kulit untuk proses pembaharuan kulit yang unik, sambil membantu melindunginya dari pengeringan dan kerosakan. Gosok sel-sel kulit mati dengan perlahan untuk mula mengungkapkan kulit yang lebih sihat dan baru. Sebotol harga pasaran RM66.00 tetapi kalau beli guna LINK NI akan dapat discount menjadi RM59.00 jeee. Disebabkan direct dari HQ bukan dari pengedar, sebab tu dapat harga lebih murah daripada harga pasaran. 

FOREVER LIVING ALOE SCRUB REVIEW

by on September 05, 2020
Heyyoo gais, Myra ni takde lah seorang yang jenis ber-skincare regime sangat. Kebiasannya memang akan stick dengan satu-satu product tu sehi...

 



GAIS, Myraa nak cerita pasal kulit muka Myraa yang makin hari makin teruk. Padahal sepanjang PKP ni tak adalah selalu keluar. Memang dah berbulan terperap je dalam bilik tu. Beli makanan pun pakai grabfood je, senang! Tapi taktau lah kenapa kulit muka ni makin teruk. Dapat rasa macam jerawat pasir, ada juga rasa macam gatal, rasa pedih pedih pun ada. Tak pasti sama ada skincare dah tak sesuai dengan kulit, atau kulit ni saje gedik nak cari pasal. 

Tibehhh...

Ada je orang cakap, "buat apa nak pakai skincare, kan duduk rumah jeeeeee......." Tapi sebenarnya walaupun duduk dekat rumah, kita tetap kena maintain pakai skincare kita. Kalau rasa gatal, pedih tu maksudnya memang kulit berada di tahap yang tidak normal. Korang kena cepat cepat pergi jumpa orang pakar. Mereka akan check, bagi nasihat, dan membantu korang menyelesaikan masalah korang.

Myra cadangkan, cuba korang pergi ke Dr. Medispa and Wellness dekat Bangi, Selangor. Harga pun berpatutan, tempat yang kondusif, dipercayai oleh ramai pelanggan dan dah buat lebih dari  3500 sesi rawatan. Mereka juga mempunyai teknik yang berlainan untuk parut yang ada dan serum yang berbeza bagi setiap individu. Meh Myra listkan apa yang membuatkan Myra memilih untuk buat rawatan dekat Dr Medispa and Wellness Bangi ni.

1. CONSULTATION YANG LENGKAP



Kesemua beautician disini akan check kulit kita terlebih dahulu. Kesuaian treatment juga bergantung kepada keadaan kulit kita. Macam kulit Myra masa ni memang agak teruk lah, sebab baru lepas datang bulan dan agak stress sikit. So Myra punya jerawat macam kecil-kecil dan pedih, gatal dan huru hara lahhh. Jadi, mereka sarankan untuk melakukan treatment OxyPeel C yang mana menggabungkan 3 teknik rawatan berbeza. Rawatan OxyPeel C adalah rawatan di mana prosedur ini sesuai untuk membantu kulit kusam yang  memerlukan eksfoliasi lapisan epidermis paling luar. 

Rawatan perlu lebih daripada satu sesi sekiranya kulit mempunyai parut yg extreme, tapi jika kulit tiada masalah boleh dilakukan 2 bulan sekali bagi menghilangkan wrinkles dan kedutan halus. Disebabkan kulit ni adalah organ paling besar yang kita ada serta yang paling sensitif dan terpaling mudah dijangkiti bakteria. Fuhhh, sebab tu kena extra careful gaiss.

2. RAWATAN YANG DIFORMULASIKAN OLEH PAKAR

Untuk kebanyakan jenis rawatan, akan dipantau dan formulasikan oleh Dr Azira, founder Dr Medispa and Wellness sendiri. Untuk rawatan Myra ni ialah OxyPeel C yang mana mempunyai kelebihan seperti yang berikut :

- Menghilangkan parut jerawat dan segala jenis parut dengan cepat dan berkesan (seawal rawatan pertama dah boleh nampak perubahan)
- Menghilangkan parut jeragat, kedutan dan mengecilkan pori
- Menghasilkan sel kulit baru yg lebih lembut & menghaluskan liang roma kasar/ terbuka
- Memperbaiki tekstur kulit dan tona kulit tak sekata 
- Menghasilkan kolagen kulit, membuang sel-sel kulit mati & mencerahkan kulit
- Pengelupasan kulit secara menyuluruh dapat memberikan hasil yang sgt cepat dan efektif di mana dapat membaiki kulit yg lebih halus, berseri sekiranya mendapat rawatan sewajarnya.



Ohhh dan disebabkan mereka memang sangat pakar dalam bidang ni, Myra nak share sikit dekat korang beberapa info tambahan berkenaan parut yang kebanyakkan kita selalu alami. Kadang kita sendiri tak perasan yang ni adalah parut.


Parut ada bermacam jenis parut kawah (terminologi) yang biasa digunakan. Parut dan teknik amat berbeza bergantung kepada jenis2 parut tersebut. Antara parut paling biasa mereka jumpa adalah mix type (kombinasi antara Box Scar, Rolling Scar & Ice Pick Scars)

Dan untuk harini, Myra akan buat treatment ini juga selain daripada Cinderella Peel.



3. SELAMAT DAN SELESA

Dalam isu keselesaan ni, kebersihan adalah yang paling kita titikberatkan, kan? Syukurlah di Dr. Medispa and Wellness Bangi ni sangat selesa. Memang betul betul selesa lah! Korang pun yakin untuk buat rawatan disini. Selain mereka sangat arif berkenaan treatment yang akan dijalankan, mereka juga menggunakan bahan bahan yang berkualiti.

Jap, Myra nak tunjuk tempat rawatan yang mereka sediakan. 


Kawasan rawatan


Tempat menunggu

4. HARGA YANG BERPATUTAN

Kalau nak diikutkan, pricing untuk treatment kulit ni mahei nak mampos gais. Tapi tak sangka bila buat treatment dekat Dr Medispa and Wellness Bangi ni, dengan tempat, beautician berpengalaman dorang mampu berikan tawaran harga yang korang tak boleh nak tolak. Jap, Myra share list harga dia. Jangan gigit jari eh, kalau rasa tak tahan, terus je book appointment dengan dorang.


5. BANYAK PROVEN TESTIMONI

Masa Myra first pergi tu, banyak betul rasa. Rasa takut, selain daripada takut mahal lah. Ada juga rasa takut tak menjadi. Muka Myra memang tersangat-sangat sensitif plus muka Myra memang cepaat sangat merah. Sensitif bukan cepat tumbuh jerawat tau. Jenis sensitif Myra ni yang sikit sikit merah, sikit sikit gatal, memang sejenis gedik macam tuan dia jugak.... Eh...

So Myra ada survey dulu sebelum tengok, nampak ada beberapa proven testimoni. Myra ni takde lah nak muka flawless tanpa seketui jerawat, asalkan jerawat dan parut pudar dah cukup elok dah. Kita ni bukan lah retis ye kan, nak muka selembut kulit bayi, nak halus seperti kulit telur, asal bersih cantik segar nampak hidup dah cukup dah.

Ini adalah Myra punya testimoni sendiri yang memang proven lah! Korang tengok dari hari pertama sehingga hari ke-14 ni tau. Biasanya akan nampak perubahan bermula dari hari ke-3 sehingga ke-14. Namun, Myra ada sedikit perbezaan mungkin disebabkan terlalu sensitif tulah. Jadi Myra punya muka sekarang ni memang semakin membaik, semakin segar tapi tak semulus, sehalus, selicin kulit telur. Tapi masih lagi sihat, alhamdulillah.

Ini adalah hari pertama iaitu sejam selepas buat treatment OxyPeel C. Haa satgi Myra cerita ok!


Ini pula muka Myra masa hari-14. Selepas kali kedua buat rawatan iaitu rawatan Hydraoxy Glow.

So sekarang, Myra nak cerita sikit pengalaman Myra sepanjang treatment berlangsung. Kalau korang nak tengok full version punya video, korang boleh tengok dekat instagram Myra. [TEKAN SINI] Myra dah pergi dua kali untuk buat treatment dengan Dr Medispa and Wellness ni. Myra nak cerita masa hari pertama dulu. Apa jenis treatment yang Myra dah buat. 

STEP 1 : FACIAL WASH CLEANSING


STEP 2 : PROSES KECUTKAN JERAWAT DAN WAP PANAS UNTUK MEMBUKA PORI SUPAYA SENANG NAK BUAT EXTRACTION


STEP 3 : EXTRACTION WHITEHEAD / BLACKHEAD



STEP 4 : (1) OXYGEN FACIAL + SERUM KHAS DR. AZIRA


STEP 5 : MASK & WAP SEJUK




STEP 6 : MASK LED UNTUK NYAHKUMAN BAKTERIA DAN BANTU PROSES KECUTKAN JERAWAT




STEP 7 : (2) CINDERELLA PEEL




STEP 8 : WAP SEJUK


STEP 9 : MESOTHERAPY FACIAL



Penjagaan selepas treatment memang sangat leceh eh... Untuk orang yang rajin memicit jerawat macam Myra atau sejenis yang tak tahan muka gatal, atau memang jenis gatal tangan memang kena latih diri supaya jangan sentuh muka. Korang tahu tak tangan korang tu banyak kuman????!! Emosi gue...

Selepas itu, Myra pun tak boleh pakai skincare selama 7 hari. Tapi boleh lah pakai moisturizer dan sebagainya tapi bukan cleanser lah. Lepas beberapa hari, Myra rasa Myra punya kulit tidak dapat menerima respond dengan baik. Mungkin disebabkan oleh kulit Myra yang kering, dan kerap terdedah dengan matahari, atau mungkin faktor kita kena pakai mask sentiasa so muncul maskne pula.

Myra pun datang semula ke Dr Medispa untuk rawatan seterusnya iaitu Hydraoxy Glow C. Yang mana treatment ini dapat menghasilkan kulit yang tegang, bersih dan cantik! 

Antara kelebihan Hydraoxy Glow C:

1. Kita akan sedut keluar sel2 kulit mati

2. Membersihkan whitehead & blackhead

3. Mengcilkan pores dan akan melembapkan kulit. 

4. Bukan sekadar sedut je tau, kami ada menggunakan serum khas kami sendiri bergantung kepada keadaan kulit anda silap2 terus dapat instant glowing nak bermekap berdandan apa lagi makin smooth cantik je la uolss😍

5. Vitamin C sangat bagus untuk kulit wajah di mana ia membaik pulih wajah dari penuaan, memelihara kulit wajah, mencerahkan kulit dan memudarkan parut jerawat dan jeragat.


Untuk makluman, Hydraoxy Glow C ni ada 2 treatment iaitu treatment Hydra dan Oxygen Facial.   

STEP 1 : FACE WASH MILK 
STEP 2 : FACE WASH CLEANSER
STEP 3 : WAP PANAS UNTUK BEBERAPA MINIT
STEP 4 : VACUUM UNTUK BUANG WHITEHEAD & BLACKHEAD


STEP 5 : HYDRA + SERUM KHAS


STEP 6 : ULTRASONIC


STEP 7 : MASSAGE
STEP 8 : OXY SPRAY



STEP 9 : MASK LED

Lepas treatment ni, lepas hari ke tiga dah boleh pakai routine skincare balik dah. Kulit pun semakin lama semakin baik. Tu ada Myra tunjuk muka hari ke-14 macam dekat gambar atas tu kan? Syukur. Takut betul kalau kulit kita bermasalah, sakit, pedih, susah hati rasa. 

Kepada korang yang nak kulit cantik, nak buat rawatan kulit, korang boleh pergi ke Dr Medispa and Wellness Bangi yang bertempat disini :

DR MEDISPA AND WELLNESS

No 6-1, Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral,
Kajang, Malaysia


Dan kalau nak book appointment korang boleh tekan [SINI] 

Till my next post gais!



Ramai sangat takut nak hadap matahari sebab takut kulit semakin berminyak dan semakin tumbuh jerawat. Tapi sebenarnya punca jerawat bukan hanya dari faktor itu. Banyak benda boleh contribute kepada pertumbuhan jerawat. Ada yang daripada faktor pemakanan, hormon yang tidak teratur, dan pelbagai lagi. Normal sebenarnya untuk memiliki jerawat. Dan jerawat yang sihat biasanya tidak akan meninggalkan parut yang teruk, sebab tu tangan suka hati picit picit jerawat. Bakteria tu...

Kalini Myra nak review satu produk daripada Qalish Profix yang viral tu, katanya merupakan vitamin untuk parut berlubang. Wow, macam yang kita tahu parut jerawat ni ada pebagai jenis dan sangat susah untuk dihilangkan. Disebabkan oleh produk ni claim boleh hilag parut jerawat, jom kita baca apa kandungan bahan yang ada dalam produk ini.


Antara bahan yang mereka gunakan ialah Aqua, Carbomer, Vit e, ACB fruit mix, Phytofuse. Ia juga tertera pada badan produk dan pada kotak produk. Fungsi Profix ini pula adalah krim yang berasaskan dari pure 100% vitamin E yang dirumus khas mengunakan bahan-bahan farmaseutikal untuk merawat masalah muka berlubang yang berpunca dari masalah simptom resdung, hormon tidak stabil dan liang pori terbuka. 

Ini bentuk kotaknya. Cantik kan dia punya kotak? Kotaknya agak keras dan kuat. Rasanya kalau postage pun tak rosak. Tak cepat koyak. Profix ni juga boleh dipanggil sebagai moisturizer untuk merawat jerawat dan juga parut. Paling best, tak mengandungi fragrance atau wangian, tak mengandungi pewarna atau colorant, juga tak mengandungi alchohol. Jadi kepada yang ada alergic atau sensitif dengan tiga jenis bahan ni, memang sesuai nak guna Profix tanpa was-was.

Ini adalah bentuk dalam krim tersebut. Nampak macam tebal kan? Tapi sebenarnya ianya sangat lightweight dan tidak pekat. Ingatkan ianya pekat sebab nampak texture tebal. Sebenarnya ianya sejenis water-cream texture. Bila diratakan pada kulit, boleh rasa ianya macam air dan terus menyerap pada kulit. 

Formulasi krim ini juga boleh menyeimbangkan paras pH pada kulit dan dapat mengurangkan kegatalan pada kulit. Weiiiii powerr gilaaa... Serius kalau korang ada masalah jerawat dan parut mungkin boleh cuba ikhtiar pakai Qalish Profix ni.

Cara nak guna pun senang sangat. Cuci muka seperti biasa menggunakan cleanser atau korang boleh cuba cleanser daripada Profix ni juga. Lepas tu, korang keringkan muka dengan towel atau tuala yang bersih lalu sapukan krim vitamin Profix ni pada kawasan yang bermasalah sehari dalam 1-2 kali. Tapi Myra pakai letak je satu muka sebab muka Myra ada masalah jerawat kecil-kecil. Kah!


Untuk korang yang nak cuba pakai Profix ni boleh tekan >>SINI<< atau kalau nak cuba jana pendapatan bersama Profix boleh tekan >>SINI<< 

Myra dah start pakai dua kali sebab sebenarnya baru je dapat. Nanti Myra akan share my routine ok!

Till my next post gais~
Daaaaaa~

Assalamualaikum gais and welcome back to my blog. Hari ni Mia nak cerita a bit tentang skincare yang Mia dah pakai selama 3 bulan lebih. Sebelum start Mia nak cerita sikit tentang jenis kulit Mia. Muka Mia mudah berminyak, kalau guna kertas tisu yang biru untuk lap minyak tu kan, cukup rasanya minyak dekat muka ni buat untuk goreng telur. Hehehe. 

One day, Mia dapat satu pack of Hiruscar Anti Acne Set yang mana dalam set tu mampu membantu korang untuk membung segala minyak pada muka which leads to no more acne! Yayy akhirnya hidup kita bebas tanpa jerawat! Susah tau nak cari formulasi yang sangat sangat boleh membantu korang untuk hilangkan jerawat.

Blogpost kali ni memang Mia akan cerita detail tau sebab Mia takkan review products yang Mia tak pakai dan setiap kali Mia pakai, Mia akan review details yang mungkin. Tapi nak buat disclaimer siap-siap, Mia TAK JUAL product ni ye. Korang boleh dapatkan sendiri di drugstore berdekatan seperti Guardian, Watsons dan sebagainya atau farmasi-farmasi berdekatan korang tau!

Mia dapat product ni dalam bulan April dan Mia ikat contract kena pakai selama 3 bulan. Sebelum tu Mia memang gunakan any dermatological product macam ni jugak, Cetaphil dan,... I forgot the other brand I beli dekat Guardian. Untuk dapatkan feedback yang optimum, Mia stop pakai product lain dan hanya gunakan full product Hiruscar. 


Dalam set ni ada 4 jenis product iaitu Hiruscar Post Acne, Hiruscar Pore Purrifying Cleanser, Hiruscar Pore Purrifying Serum dan Hiruscar Anti-Acne Spot Gel. Sebelum Mia cerita dekat korang, Mia bagi korang baca dulu apa manfaat setiap satu product ni. Then, you guys decide. 

  • Hiruscar Anti Acne Cleanser
    • Oil-Control, pore minimising mild cleansing gel with anti-bacteria formulation. Deeply cleanses pores, slough off dead skin, removes dirt and excessive oil but keep skin hydrated for flawless skin.
  • Hiruscar Anti-Acne Serum
    • Lightweight, non-greasy moisturiser with fast absorption and long-lasting hydration, reduces sebum secretion, improves skin elasticity and helps to tighten pores for silky smooth facial skin
  • Hiruscar Anti Acne Gel
    • Transparent gel, lightweight, non-greasy with anti-bacterial formulation, acts fast on acne in 2 days. Helps to lighten pimple marks without peeling effect and helps to reduce acne recurrence
  • Hiruscar Post Acne Gel
    • Antibacterial acne scar gel that lightens dark marks, improves the appearance of acne scars and keep acne-prone skin healthy
So untuk bulan April, I pakai lambat sikit sebab nak habiskan my previous skincare dulu. Bulan Mei awal tu, baru Mia start pakai. Mia jarang guna serum, toner apa semua tu. Korang mesti tau, Mia jenis yang memang tak ada routine dan sebagainya. Mia pun guna Hiruscar ni sebagai percubaan Mia untuk pakai satu set yang lengkap. Biasa kalau beli skincare, memang beli cleanser je. Nampak tak betapa naif nya diriku. 

Bila dah mula pakai, my face time tu kebetulan ada jerawat. Bila time datang bulan, seminggu sebelum tu memang jerawat. Muka pun memang akan berminyak teruk. Anyway, Mia combination skin. Susah untuk Mia nak tetapkan jenis kulit Mia pada mulanya. Bertahun-tahun ingatkan oily skin. Punya lah beli skincare untuk oily skin, tapi tak hilang jugak oily ni. Sayang betul minyak ni dekat aku. Susah betul ada oily skin ni. Lepas check-check oh rupanya combination skin. Even worst. 



Bila pakai yang Anti Acne Gel tu, korang memang akan rasa sakit sikit tau. Dia akan picit picit jerawat korang yang nakal tu. Pernah that one time, it just so hurt, aku sendiri yang picit jerawat tu keluar. Teka ada berapa? 4 mata weh. Kau tak rasa seksa ke? Koyak kulit den. BUT! Nasib ada Post Acne Gel. POst ACne Gel ni yang akan bantu korang untuk hilangkan kesan-kesan selepas jerawat tu blah!



So kepada korang yang masih ada masalah dengan jerawat, jangan lupa dapatkan di watson atau guardian berdekatan korang tau! Dulu buat iklan je, kini jerawat tiada lagi. Sekarang, memang betul betul jerawat hilang! Kalau tak, takkan lah aku berani nak selfie dekat macam ni. Korang berani tak?


#REVIEW : HIRUSCAR ANTI-ACNE SET

by on September 15, 2018
Assalamualaikum gais and welcome back to my blog. Hari ni Mia nak cerita a bit tentang skincare yang Mia dah pakai selama 3 bulan lebih...