#REVIEW : HIRUSCAR ANTI-ACNE SET


Assalamualaikum gais and welcome back to my blog. Hari ni Mia nak cerita a bit tentang skincare yang Mia dah pakai selama 3 bulan lebih. Sebelum start Mia nak cerita sikit tentang jenis kulit Mia. Muka Mia mudah berminyak, kalau guna kertas tisu yang biru untuk lap minyak tu kan, cukup rasanya minyak dekat muka ni buat untuk goreng telur. Hehehe. 

One day, Mia dapat satu pack of Hiruscar Anti Acne Set yang mana dalam set tu mampu membantu korang untuk membung segala minyak pada muka which leads to no more acne! Yayy akhirnya hidup kita bebas tanpa jerawat! Susah tau nak cari formulasi yang sangat sangat boleh membantu korang untuk hilangkan jerawat.

Blogpost kali ni memang Mia akan cerita detail tau sebab Mia takkan review products yang Mia tak pakai dan setiap kali Mia pakai, Mia akan review details yang mungkin. Tapi nak buat disclaimer siap-siap, Mia TAK JUAL product ni ye. Korang boleh dapatkan sendiri di drugstore berdekatan seperti Guardian, Watsons dan sebagainya atau farmasi-farmasi berdekatan korang tau!

Mia dapat product ni dalam bulan April dan Mia ikat contract kena pakai selama 3 bulan. Sebelum tu Mia memang gunakan any dermatological product macam ni jugak, Cetaphil dan,... I forgot the other brand I beli dekat Guardian. Untuk dapatkan feedback yang optimum, Mia stop pakai product lain dan hanya gunakan full product Hiruscar. 


Dalam set ni ada 4 jenis product iaitu Hiruscar Post Acne, Hiruscar Pore Purrifying Cleanser, Hiruscar Pore Purrifying Serum dan Hiruscar Anti-Acne Spot Gel. Sebelum Mia cerita dekat korang, Mia bagi korang baca dulu apa manfaat setiap satu product ni. Then, you guys decide. 

  • Hiruscar Anti Acne Cleanser
    • Oil-Control, pore minimising mild cleansing gel with anti-bacteria formulation. Deeply cleanses pores, slough off dead skin, removes dirt and excessive oil but keep skin hydrated for flawless skin.
  • Hiruscar Anti-Acne Serum
    • Lightweight, non-greasy moisturiser with fast absorption and long-lasting hydration, reduces sebum secretion, improves skin elasticity and helps to tighten pores for silky smooth facial skin
  • Hiruscar Anti Acne Gel
    • Transparent gel, lightweight, non-greasy with anti-bacterial formulation, acts fast on acne in 2 days. Helps to lighten pimple marks without peeling effect and helps to reduce acne recurrence
  • Hiruscar Post Acne Gel
    • Antibacterial acne scar gel that lightens dark marks, improves the appearance of acne scars and keep acne-prone skin healthy
So untuk bulan April, I pakai lambat sikit sebab nak habiskan my previous skincare dulu. Bulan Mei awal tu, baru Mia start pakai. Mia jarang guna serum, toner apa semua tu. Korang mesti tau, Mia jenis yang memang tak ada routine dan sebagainya. Mia pun guna Hiruscar ni sebagai percubaan Mia untuk pakai satu set yang lengkap. Biasa kalau beli skincare, memang beli cleanser je. Nampak tak betapa naif nya diriku. 

Bila dah mula pakai, my face time tu kebetulan ada jerawat. Bila time datang bulan, seminggu sebelum tu memang jerawat. Muka pun memang akan berminyak teruk. Anyway, Mia combination skin. Susah untuk Mia nak tetapkan jenis kulit Mia pada mulanya. Bertahun-tahun ingatkan oily skin. Punya lah beli skincare untuk oily skin, tapi tak hilang jugak oily ni. Sayang betul minyak ni dekat aku. Susah betul ada oily skin ni. Lepas check-check oh rupanya combination skin. Even worst. 



Bila pakai yang Anti Acne Gel tu, korang memang akan rasa sakit sikit tau. Dia akan picit picit jerawat korang yang nakal tu. Pernah that one time, it just so hurt, aku sendiri yang picit jerawat tu keluar. Teka ada berapa? 4 mata weh. Kau tak rasa seksa ke? Koyak kulit den. BUT! Nasib ada Post Acne Gel. POst ACne Gel ni yang akan bantu korang untuk hilangkan kesan-kesan selepas jerawat tu blah!



So kepada korang yang masih ada masalah dengan jerawat, jangan lupa dapatkan di watson atau guardian berdekatan korang tau! Dulu buat iklan je, kini jerawat tiada lagi. Sekarang, memang betul betul jerawat hilang! Kalau tak, takkan lah aku berani nak selfie dekat macam ni. Korang berani tak?


3 comments:

  1. I needed to thank you for this great read!! I certainly cherished each and every piece of it. I have you bookmarked your site to look at the new stuff you post. The Sims 4's newest expansion, Realm of Magic, brings a lot to the game, including a new occult Sim, a magical realm with a Hogwarts style ...sims 4 news

    ReplyDelete
  2. Hyee berapa rm ya awak beli set tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai dear,
      almost dalam RM200 juga dear. Tapi satu set. Boleh pakai dalam 3 bulan macam tu.

      Delete