THE NEW JOHNSON'S ULTRA GENTLE DESIGNED TO BE IRRITATION FREE


Siapa sini pernah guna sabun Johnson's baby? Biasa dulu masa kecil-kecil mesti selalu guna sabun dan lotion dari Johnsons kan. Johnsons ni adalah jenama produk penjagaan bayi yang dipercayai oleh ibu kita sejak 120 tahun dan telah menawarkan produk untuk bayi dan dewasa di lebih 175 buah negara dan telah digunakan hampir 8 billion bayi di seluruh dunia. Haa banyak nau dan dan nya. Hahaha. 

Johnson's baharu ni diformulasikan dengan Ultra Gentle yang mengandungi 0% paraben, ftalat, sulfat dan pewarna dan dihasilkan tanpa sebarang kerengsaan terhadap kulit bayi dan kanak-kanak yang sedang berkembang. Amazing kannn, dan paling best lagi dia cepat menyerap tau. Myra dah try pakai. Sekali pakai tu terus cepat kering, berbanding dengan produk bayi jenama lain.

Apa spesialnya Johnsons yang baru ni? 
  • Bahan yang lebih bermanfaat - Johnson telah memilih setiap bahan dalam range kali ni dan telah menolak lebih 400 bahan sewaktu proses formulasi. Portfolio bahan telah dikurangkan sebanyak 50% dengan minyak yang diperoleh secara semula jadi seperti minyak kelapa dan biji kapas dipilih untuk menggantikan minyak mineral. Range baru ini adalah 0% paraben, ftalat, sulfat dan pewarna - haya kurang daripada 2% daripada bahan kosmetik di peringkat global yang memenuhi piawaian kelembutan

  • Wangian yang direka dengan mengutamakan ibu dan bayi - Bau, ingatan dan emosi mempunyai ikatan yang rapat antara satu sama lain. Kajian menunjukkan bahawa pengalaman berbilang deria merupakan bahagian yang penting dalam perkembangan bayi yang sihat dan gembira. Johnsons bukan sahaja mengekalkan haruman ikonik yang dimiliki produk klasiknya yang terkenal dan disukai ramai serta dicipta untuk memaksimumkan saat-saat ikatan antara ibu bapa dan bayi mereka. Semua wangian kini diformulasi supaya bebas alergen dan mematuhi standard global Persatuan Pewangi Antarabangsa (IFRA) dan Institut Penyelidikan Bahan Pewangi (RIFM)

  • Pembungkusan yang mesra ibu bapa - Dilengkapi engan pam yang direka untuk penggunaan yang mudah menggunakan satu tangan supaya perhatian ibu bapa sentiasa tertumpu pada bayi.

  • Produk yang direka khas untuk setiap peringkat dan umur bayi - Membersihkan dan melembapkan - Setiap satu diformulasi khusus untuk memenuhi keperluan istimewa kulit bayi dan menjadikan saat-saat penjagaan sebagai peluang untuk mengeratkan hubungan antara bayi dan ibu bapa mereka serta mengukuhkan perkembangan mereka dengan sihat. Rangkaian baharu ini menampilkan empat 'Umur & Peringkat' bagi membantu ibu bapa memilih produk mengikut kumpulan masing-masing. Rangkaian penjagaan bayi Johnsons yang baharu sesuai untuk bayi yang baru lahir hinggalah yang berumur 6 tahun.



Korang boleh tengok, formulation baru ni very gentle tau. Lembut sangat dan paling best ianya cepat sangat meresap. Sesuai untuk newborn baby, so mereka tak rasa rimas. Cepat sangat kering dan dapat melembabkan kulit tau. Rasanya bukan baby je suka, Myra dah tua ni pun suka! Hahaha.


Oh ya, sekarang Johnsons tengah collaborate dengan Watsons tau. Korang better cepat-cepat pergi ke Watsons store berdekatan sehingga 3 Julai 2019 ni, sebab korang layak untuk dapatkan Travel Toiletry Bag exclusive tauu! Cepat, cepat dapatkan!

No comments:

Post a Comment