TIPS NAK KURUSKAN BERAT BADAN


Halu gais Myra nak share tips untuk korang yang rasa macam badan tu gemuk je dan tak kurus-kurus. Bukan setakat guna produk, dah cuba coaching untuk diet pun masih lagi tak kurus-kurus. 

Korang fikir, 
"ehh dia nk dah kurus dah, buatpe nak sembang pasal kuruskan badan?" *roll eyes*
"tak paham ke, makanan tu adalah life kami! Tak boleh pisah!" *jeling*
"bila kami bahagia, kami perlu naikkan berat badan!" *flip pashmina*

Well, gue hanya penulis amatur gais tapi walaupun Myra bertubuh kecil dan korang rasa orang kecil dan kurus ni tak ada masalah turunkan berat badan ke? Percaya tak kalau Myra cakap, Myra ni overweight? Ofkos korang tak percaya, sebab bagi korang hanya orang bertubuh besar dan berlemak je yang patut kuruskan badan, kan? kan? kan?

So, Myra nak ubah mentaliti ni dengan satu sharing yang Myra sendiri amalkan sepanjang Myra berusaha untuk diet. Sebenarnya kalau kita faham konsep diet adalah untuk control makan kita supaya lebih seimbang. Kalau ikut coach online pun atau coach dekat gym pun, mereka tak marah untuk berulang kali makan. Tapi hanya cukup untuk portion sikit sahaja. Jangan pulak pi bedal nasi goreng kampung, dua jam lepastu makan nasi lemak, tiga jam lepas tu makan kue tiau kungfu, fuhhhhh. Bukan setakat lemak melekat gais, sabar jap, segala penyakit pun turut akan melekat. lek je.

Langkah pertama senang je; korang hanya perlu kawal kalori pemakanan korang.
Biasanya untuk org yang baru nak start diet ni, memang tak pandai nak kira kalori. Asal ada sayur, ada protein sikit, ada telur sikit haa dah jadi dah. Tu sebagai permulaan, memang tak ada masalah sebab ada org dia tak boleh nak drastik diet. Tak tahan perut katanya. 
Perlu diingat, jumlah kalori yang diperlukan setiap hari jika korang dalam proses untuk mengurangkan berat badan ialah 1500 kalori untuk wanita, 2000 kalori untuk lelaki. Pastikan pengambilan kalori harian korang tak melebihi jumlah yang Myra nyatakan tadi. 

"Tapi rasa macam susah je setiap kali makan nak kira kalori, leceh ah, payah ah, cancel diet la."

Terus keluarlah segala bisikan dari anasir jahat terdengar di telinga korang. Heyyy, sekarang dah canggih tau. Siap ada apps lagi yang mana boleh korang download dan dia akan kira calorie pemakanan korang. Ni Myra letak sekali beberapa apps yang user friendly untuk korang yang banyak alasan tu, memulakan diet.

  • Calorie Counter- MyFitnessPal
  • Calorie Counter- MyNetDiary
  • Calorie Counter- EasyFit Free
  • My Plate Calorie Tracker
  • Calorie Counter by FatSecret
  • Calorie Counter & Diet Tracker
  • Calories In Food
  • Calorie, Carb & Food Counter
  • My Diet Diary Calorie Counter

Langkah kedua; korang juga boleh mulakan dengan memilih jenis makanan korang. 
Haa, nama pun diet nak turunkan berat badan, semestinya korang kena pilih makanan. Bukan jodoh je nak kena pilih sis, makanan pun kena pilih jugak. Kalau salah terpilih jodoh, sakit hati je nanti. Kalau salah terpilih makanan, pun boleh buat sakit jugak. So, sama konsep. Ok jom teruskan. #sendu

Korang boleh start pilih untuk tidak makan makanan bergoreng atau berkuah. Pilih makanan level orang have-have sikit macam grill, kukus, bakar, panggang agitcheww. Lepastu kurangkan gula dan garam dalam masakan. Sayur pun kalau boleh jangan digoreng, better korang rebus ke, atau makan ulam-ulaman ke, ianya lebih berkhasiat! Tapi untuk permulaan, kalau jenis yang tak boleh drastik tu boleh je mulakan dengan sayur-sayur macam brokoli, carrot, tomato yang tak terlalu ke arah sayuran sangat lah. Tapi nanti lama-lama cuba biasakan dengan sayuran lain. 

Contoh Myra pernah buat selama 6 bulan lepas dengan teknik clean food. Kita sentuh juga karbo tapi tak banyak, lebih kepada protein. Ayam, telur, daging lepastu ada potato sebagai gantikan karbo. Makanan clean ni selain dapat buat badan kita lebih cergas, dia juga dapat menjernihkan minda kita tau supaya lebih positive. Taktau lah korang, tapi itu yang Myra rasalah cause I believe that we are what we eat, gitchew. Ok, next!

Langkah ketiga; kena kawal portion makanan korang.
Kalau korang memang berazam, bertekad, berkeyakinan untuk kuruskan badan atau korang teringin nak pakai semula seluar jeans korang yang size 14 tu (huhu, i pun hampir 28, huhu) korang boleh cuba untuk kawal portion makanan korang. Jangan pergi hentam makan nasi sampai tiga pinggan, lepastu balik rumah berlari ke bucu katil kenapa makin lebar. 

Cara mudah, korang guna teknik suku-suku-separuh. Suku nasi, suku protein dan separuh sayur. Jangan pula terbalik suku sayur, suku protein dan separuh nasi. Melampauuuuuu tu memang plan nak kurus tu, confem failed! So jom elakkan diri dari failed, kita cuba ubah mindset kita! Takde masalah nak makan kerap berulang kali. Contohlah rasa macam tak kenyang je ni kan, korang tambahkan sayur dan minum air teh hijau. Ingat, semua ni untuk sihat sambil kuruskan badan tau. So boleh cuba lah amalkan sikit-sikit, kalau dah kurus bagitau eh :p

Langkah terakhir; putus cinta.
Haaaaa.... kalau yang ni confirm korang akan kurus secara drastik tanpa ada rules. Rasa seminggu je dah kurus kalau guna teknik yang ni. Hahahahahahahahasinglehahahahaha. 
Tapi, bertabah lah ye. Hidup ni memang sukar. Semoga jangan single lama lama, takut ex tu kawin dulu, kau pulak meroyan untuk kali kedua. Hihihi....

Harap dapat membantu! Daadaaa~

1 comment:

  1. "Langkah terakhir; putus cinta." - TIPUUUU! hahahaha. den pernah je breakup, tapi takdelah sampai tak selera makan. kalau tak selera pun, sekejap je lepastu macam biasa balik kahkahhh. adakah perlu putus cinta lagi sekaliii? ANDWAEEEEE TAKNAKKK *meroyan jap.

    ehem okay. final question: kenapa takde masuk point exercise/workout ? ke memang enggak perlu senaman or kardio bagai itu untuk menurunkan berat badan kita? ha gitchuw soalan hikhik

    ReplyDelete