NEW YEAR POST!


#NowPlaying | Kau Pergi Jua - IamNEETA ft. Najwa Latif

FINALLY! Kita berjaya jugak gais mengharungi segala haru biru kehidupan di tahun 2019 ni. Tak sangka gue sekecil ini boleh survived! Alhamdulillah. Tapi biarpun tahun 2019 akan melabuhkan tirainya dalam beberapa jam aje lagi, kita sebagai manusia tetap akan melangkah ke tahun 2020 yang pastinya akan jauuuhhh lebih mencabar. Engko ingat tahun depan takde cabaran yang lebih berliku? Kau silap, Leman. Kau silap. 

Tahniah juga kepada yang berjaya bertukar status pada tahun 2019, gue rasa tahun 2019 ni ramai benau kawan gue yang dah bertukar status. 

Dari single, kepada couple.
Dari couple, kepada tunang. 
Dari tunang, kepada kahwin. 
Dari kahwin, kepada jadi mak/pak orang.
Dari couple, kepada single. Eh gue la tuww. *sedih

Atau segala status korang lah yang korang rasa akan bertukar atau telah bertukar. And I am very happy for you guys. If korang bertukar single pun, takde masalah. Jiwa orang single ni gempak gais. Sado, keras bagaikan besi, payah dipatahkan kecuali ex minta getback! Hancurrr.... Hahahahaha. Okay back to the topic, Walau apa pun status korang, naik pangkat ke, turun pangkat ke, bertambah gaji ke, kena buang kerja ke, kita kena tetap hadapi dengan senyuman sebab apa? Tahun 2020 ada lagi gais. Kita selagi boleh bergerak maju, walaupun sekecil-kecil-kecil usaha, ia tetap akan membuahkan hasil nanti, inshaAllah.

Myra rasa 2019 ni banyak memberi pengajaran baru especially dari segi perubahan peribadi Myra sendiri, yang mana Myra ada satu hobi baru pada tahun 2019 yang Myra nak kekalkan untuk tahun-tahun berikutnya. Myra tak rasa yang Myra suka membaca tapi bila tengok koleksi buku dekat rumah ni, berkotak-kotak gais. Sah dah gue ulat buku. Bila mana Myra membaca, Myra dapat rasakan something yang different tau. Taktau lah kalau korang masa membaca pun akan rasa benda yang sama, tapi Myra setiap kali baca tu akan rasa macam melayang masuk ke dalam buku tu dan otak macam mentafsir apa yang Myra baca tu kepada imajinasi sampai Myra akhirnya faham! Fuhhhh, dahsyat penangan membaca ni. Dan ini juga salahsatunya macam mana Myra boleh move on from Lingard. Yea, Myra dan Lingard sekarang hanya berkawan je. Terima kasih kerana menceriakan hari-hariku selama 3 tahun ini ye Lingard. Kepada kawan-kawan bloggers, korang dah tak dapat nampak lah nama Lingard lepas tahun 2020 ni. Kita tengok je la, nama siapa lepasni. Itu pun kalau ada! Kah.

Gambar atas tu adalah gambar pertama yang Myra upload di Instagram pada awal tahun 2019. Myra ambil gambar tu masa pergi Colmar haritu, bulan 12 tahun lepas. Yang mana maksudnya dah setahun lah gambar ni. Terasa cepat sangat masa berlalu, kan? Rasa macam sedih pun ada jugak. Rasa macam gembira pun ye jugak. Tapi kalau diberi pilihan untuk ulang semula tahun 2019 ni, minta maaf sis, gue tak sanggup. Myra lebih baik moving forward and make peace with your pasts so it won't screw the present. Apa-apa pun, Myra harap untuk tahun 2020 nanti, Myra berjaya untuk memenuhi target dan impian Myra. Hajat tahun 2019, so far, Alhamdulillah 3/4 Myra dah berjaya dapatkan. Myra akan cuba lagi pada tahun 2020 dengan azam yang baru, yang lebih spesifik, yang lebih serius, yang lebih matang serta tak cepat koyak! Biasalah umur macam ni, memang semestinya tengah dilanda dilema yang tak berkesudahan. Hahaha.

So korang, jangan lupa ambil buku planner korang. Tulis tepat tepat, apa yang nak kena dibuat sepanjang tahun 2020. Kalau korang jenis visual punya orang, korang print gambar siap siap lekat dekat dinding. Yakin dengan diri sendiri. Ingat, Allah nampak apa yang kita buat, dan apa yang kita bisikkan dalam hati kita. Dan kata-kata itu adalah doa yang melantun. So sentiasa sebut yang baik-baik. Pegang kata-kata Myra ni, pastikan tahun 2020 milik kita! Selamat Tahun Baru gaissss! See you next year!

No comments:

Post a Comment