AKU DISINI


Kata orang setiap yang bertemu pasti akan berpisah. Awalnya aku tidak percaya dengan kata-kata itu. Manakan mungkin, kita bertemu untuk berpisah. Sehinggalah pada suatu hari, aku bertemu dengan angin yang membuka mata dan mindaku. Mengubah segala persepsiku. Tidak kusangka, angin yang dahulunya dapat menghilangkan gundah gulana hati, kini menjadi alasan utama aku berteka-teki. Hadirnya membawa seribu senyuman, perginya membawa seribu tanda tanya. 

Suatu hari, sang angin datang menerpa. Aku tidak menghiraukannya, namun atas dasar kepercayaan dari orang sekeliling kami mula bertegur sapa. Aku takut untuk mengenalnya kerana secara semulajadi, bukan perkara asing baginya untuk datang dan pergi. Angin memang seperti itu. Tetapi untuk orang baru sepertiku yang ingin mengenalnya, sikapnya memberikan aku seribu persoalan. Terlalu banyak persoalan sehinggakan satu pun tak terjawabkan. Meskipun ia hadir tidak terlalu mesra, namun hilang lelahku sejenak. Segala kesempitan di hati kian memudar seiring waktu berlalu bersamanya.

Wahai anginku, belum cukup lama kita mengenal antara satu sama lain, kan? Aku tak pernah berfikir untuk menganggap kau penting pada awalnya. Aku tak pernah sangka, begini pengakhiran kita. Jujur, hilang lelahku, hilang dukaku, hilang gundahku ketika kau hadir mendekatiku. Namun apakan daya, jika waktu mencemburui kita. Andai saja tertulis takdir kita, aku berharap ada ruang aku disisimu. Tetaplah disini. Memberi kesejukan hati untukku. Jaga diri, semoga kau menemui bahagiamu. 

Aku tidak mempunyai kuasa untuk menggapainya, meski aku teringin untuk mengenalnya dengan lebih dekat. Namun apalah daya, takdir kami berhujung disini. Hingga pada akhirnya, aku memilih agar biarlah dia berlalu pergi, gapailah impian, kejarlah cita-cita. Walaupun dia hadir disini hanyalah sementara, kisah indah kita tak akan kulupa. 

1 comment:

  1. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete