#SushividXLHDNM : INFLUENCER PERLU BAYAR CUKAI KE?

Yay! Dapat sijil!

Hai gais. Fuhh... tajuk lain maciam ah! Kita dah masuk dalam topik yang agak tidak ringan tetapi amat penting sebagai satu exposure kepada semua influencer. Jadi baru baru ni, Myra ada join stau workshop kolaborasi antara Sushivid dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) tentang pengurusan cukai kepada influencers. Bagi korang yang taktau, Myra selama ni bernaung dibawah syarikat Sushivid sebagai salah seorang influencer / blogger lah. Jadi banyak brands berkolaborasi dengan Myra, mostly melalui Sushivid. Boleh lah buat income sikit-sikit. So dengan adanya exposure dan penambahan ilmu dari workshop ni, harapnya semua influencer semakin bijak dalam menguruskan kewangan masing-masing! Bukan untuk siapa pun, untuk kita sebagai rakyat Malaysia juga, untuk membangun negara agar lebih berdaya saing dan maju! Korang pun akan dianggap sebagai hero tau kalau dapat berjaya membayar cukai! Okay, jom kita masuk ke topik sebenar sebab rasanya macam dah panjang mukadimah ni.


EEEE, potatonya gueeee!


Tujuan utama workshop ini diadakan adalah untuk memberi sedikit perkongsian kepada orang ramai, khususnya influencer, agar lebih bertanggungjawab dengan kewangan masing-masing dalam menguruskan percukaian. Tapi jangan risau, kalau influencer dibawah bimbingan Sushivid, memang Sushivid lah yang akan sediakan segala dokumen untuk memudahkan urusan cukai tu. Macam invoices, statements, job scopes semua Sushivid akan sediakan. Tetapi sebagai influencer pun perlu arif untuk mengurus.



EHHH! Tapi, jangan risau. Tak semua influencer perlu bayar tax pun. Menurut LHDN, income tax yang perlu layak adalah seseorang yang mempunyai pendapatan meleihi RM34,000 setahun (anggaran dalam RM2,8333.33 per bulan) selepas penolakan EPF. Jadi, kalau influencer itu sendiri telah menjana pendapatan melebihi RM 3,000 setiap bulan, memang harus lah untuk file kan tax di LHDN. Sebenarnya, banyak kelebihan jika sebagai influencer declare tax di LHDN ni. Selain dapat meyakinkan lebih banyak brands untuk bekerjasama, ia juga akan meningkatkan kredibiliti sebagai seorang influencer agar brands nak kerjasama dan invest dengan influncer itu. Memandangkan industri ini semakin berkembang, walaupun tak sehebat negara-negara jiran tetapi untuk jangka masa panjang, industri ini akan membangun seiring peraliran zaman. 



Untuk event ni, lebih kurang dalam 50+ orang bloggers dan influencers telah hadir tau. Dan kitaorang belajar untuk buat tax filing secara online jeee! Senang sangat! Meh, Myra tunjukkan dekat bawah cara-caranya. Dulu, korang boleh buat secara manual. Kena pergi kaunter, bawa dokumen semua. Tapi sekarang korang dapat jimatkan masa dan tenaga dengan cara submit secara online je. Paling best lagi, korang nak submit dokumen pun boleh secara online. 





EITS, bukan tu je tau. Influencer pun boleh buat tax deduction atau perlepasan cukai bagi sektor masing-masing. Skop yang lebih kurang sama seperti membuat perniagaan online. Kiranya tetap kena buat filing seperti berniaga, tetap perlu SSM (adalah lebih baik), supaya pengurusan akaun kita menjadi lebih teratur. Dekat bawah ni, Myra ada sediakan sedikit maklumat tambahan supaya korang lebih faham lagi. Ini Myra dapat dari brochure LHDN sendiri tau, sesuai untuk semua jenis perniagaan online termasuk dunia influencer!




Senang kan? Korang jangan risau tau sebab tak semua orang dikenakan cukai pun. Hanya kepada yang layak sahaja. Dan korang yang bayar tax atau dipanggil sebagai taxpayer patut bangga tau dengan diri korang sebab korang membantu dalam pembangunan Malaysia. Untuk membangunkan infrastruktur negara macam highway, kedai-kedai, bangunan tinggi-tinggi tu, public transport yang selesa. LHDN bertugas untuk membantu influencer agar bertepatan dengan undang-undang percukaian supaya tak tersalah dokumen ke. Itu sahaja. So korang, jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab! Till my next post gais!

----------------
ABOUT SUSHIVID 
Sushivid SDN BHD is ASEAN's leading influencer marketing company. Launched in January 2016, Sushivid started off as a teachnology marketplace charging brands for influencers per-post basis. It has branched out to include live streaming business, cost-per-sale influencer marketing, influencer reviews, influencer management... etc. In 2019, Sushivid's influencers produced over 11,000 branded contents for brands across Southeast Asia for oever 1,500 brands. Its influencers currently come from 6 countries including Malaysia, Singapore, Indonesia, Philippines, Thailand and China across a variety of platforms including Instagram, Facebook, YouTube, TikTok, Weibo, DouYin, Taobon and LittleRedBook. Sushivid is also recipient of Cradle's CIP500 Grant, a MSC Status, a winner of The Rice Bowl Startup Award Malaysia, a d-awards silver winner and A+M finalist.
---------------

p.s : komen je, Myra baca komen korang tu cumanya taktau kenapa tak boleh nak balas *cry*

1 comment:

  1. It's super easy these days. Dah boleh buat sendiri semua.

    ReplyDelete