Showing posts with label Sushivid. Show all posts
Showing posts with label Sushivid. Show all posts
Yay! Dapat sijil!

Hai gais. Fuhh... tajuk lain maciam ah! Kita dah masuk dalam topik yang agak tidak ringan tetapi amat penting sebagai satu exposure kepada semua influencer. Jadi baru baru ni, Myra ada join stau workshop kolaborasi antara Sushivid dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) tentang pengurusan cukai kepada influencers. Bagi korang yang taktau, Myra selama ni bernaung dibawah syarikat Sushivid sebagai salah seorang influencer / blogger lah. Jadi banyak brands berkolaborasi dengan Myra, mostly melalui Sushivid. Boleh lah buat income sikit-sikit. So dengan adanya exposure dan penambahan ilmu dari workshop ni, harapnya semua influencer semakin bijak dalam menguruskan kewangan masing-masing! Bukan untuk siapa pun, untuk kita sebagai rakyat Malaysia juga, untuk membangun negara agar lebih berdaya saing dan maju! Korang pun akan dianggap sebagai hero tau kalau dapat berjaya membayar cukai! Okay, jom kita masuk ke topik sebenar sebab rasanya macam dah panjang mukadimah ni.


EEEE, potatonya gueeee!


Tujuan utama workshop ini diadakan adalah untuk memberi sedikit perkongsian kepada orang ramai, khususnya influencer, agar lebih bertanggungjawab dengan kewangan masing-masing dalam menguruskan percukaian. Tapi jangan risau, kalau influencer dibawah bimbingan Sushivid, memang Sushivid lah yang akan sediakan segala dokumen untuk memudahkan urusan cukai tu. Macam invoices, statements, job scopes semua Sushivid akan sediakan. Tetapi sebagai influencer pun perlu arif untuk mengurus.



EHHH! Tapi, jangan risau. Tak semua influencer perlu bayar tax pun. Menurut LHDN, income tax yang perlu layak adalah seseorang yang mempunyai pendapatan meleihi RM34,000 setahun (anggaran dalam RM2,8333.33 per bulan) selepas penolakan EPF. Jadi, kalau influencer itu sendiri telah menjana pendapatan melebihi RM 3,000 setiap bulan, memang harus lah untuk file kan tax di LHDN. Sebenarnya, banyak kelebihan jika sebagai influencer declare tax di LHDN ni. Selain dapat meyakinkan lebih banyak brands untuk bekerjasama, ia juga akan meningkatkan kredibiliti sebagai seorang influencer agar brands nak kerjasama dan invest dengan influncer itu. Memandangkan industri ini semakin berkembang, walaupun tak sehebat negara-negara jiran tetapi untuk jangka masa panjang, industri ini akan membangun seiring peraliran zaman. 



Untuk event ni, lebih kurang dalam 50+ orang bloggers dan influencers telah hadir tau. Dan kitaorang belajar untuk buat tax filing secara online jeee! Senang sangat! Meh, Myra tunjukkan dekat bawah cara-caranya. Dulu, korang boleh buat secara manual. Kena pergi kaunter, bawa dokumen semua. Tapi sekarang korang dapat jimatkan masa dan tenaga dengan cara submit secara online je. Paling best lagi, korang nak submit dokumen pun boleh secara online. 





EITS, bukan tu je tau. Influencer pun boleh buat tax deduction atau perlepasan cukai bagi sektor masing-masing. Skop yang lebih kurang sama seperti membuat perniagaan online. Kiranya tetap kena buat filing seperti berniaga, tetap perlu SSM (adalah lebih baik), supaya pengurusan akaun kita menjadi lebih teratur. Dekat bawah ni, Myra ada sediakan sedikit maklumat tambahan supaya korang lebih faham lagi. Ini Myra dapat dari brochure LHDN sendiri tau, sesuai untuk semua jenis perniagaan online termasuk dunia influencer!




Senang kan? Korang jangan risau tau sebab tak semua orang dikenakan cukai pun. Hanya kepada yang layak sahaja. Dan korang yang bayar tax atau dipanggil sebagai taxpayer patut bangga tau dengan diri korang sebab korang membantu dalam pembangunan Malaysia. Untuk membangunkan infrastruktur negara macam highway, kedai-kedai, bangunan tinggi-tinggi tu, public transport yang selesa. LHDN bertugas untuk membantu influencer agar bertepatan dengan undang-undang percukaian supaya tak tersalah dokumen ke. Itu sahaja. So korang, jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab! Till my next post gais!

----------------
ABOUT SUSHIVID 
Sushivid SDN BHD is ASEAN's leading influencer marketing company. Launched in January 2016, Sushivid started off as a teachnology marketplace charging brands for influencers per-post basis. It has branched out to include live streaming business, cost-per-sale influencer marketing, influencer reviews, influencer management... etc. In 2019, Sushivid's influencers produced over 11,000 branded contents for brands across Southeast Asia for oever 1,500 brands. Its influencers currently come from 6 countries including Malaysia, Singapore, Indonesia, Philippines, Thailand and China across a variety of platforms including Instagram, Facebook, YouTube, TikTok, Weibo, DouYin, Taobon and LittleRedBook. Sushivid is also recipient of Cradle's CIP500 Grant, a MSC Status, a winner of The Rice Bowl Startup Award Malaysia, a d-awards silver winner and A+M finalist.
---------------

p.s : komen je, Myra baca komen korang tu cumanya taktau kenapa tak boleh nak balas *cry*

Korang mesti tahu kan, Myra dah mula berkecimpung dalam dunia Influencer Marketing ni?  Especially bagi sesiapa yang follow instagram Myra (@myraaaaawr) mesti banyak nampak, Myra mula join events, dapat reviews, jadi ambassador untuk certain brands. Ada yang pernah bertanya, macam mana nak mulakan? Dan Myra rasa sekarang adalah masa yang tepat untuk Myra kogsikan dengan korang tentang perjalanan dalam dunia Influencer Marketing ni. Semoga bermanfaat!

Myra sebenarnya mulakan dengan menjadi blogger selama 9 tahun, sejak tahun 2010. Kemudian, mula jaga traffic sejak 2018 dan terus melabuhkan sayap menjadi salah seorang influencer di Sushivid. Korang boleh search dan tengok sendiri ya. So untuk cara daftar dan sebagainya, sangat mudah. Antara company yang sangat senang untuk bekerjasama, sangat senang untuk request payout dan sangat mudah untuk menerima kerja. Overall, sesiapa yang berminat dan mempunyai komitmen serta creative korang memang kena sign up laju-laju!

So untuk post kali ni, Myra hanya akan cerita tentang cara nak payout request dari Sushivid, selepas kita dah berjaya buat kerja kita, takde salahnya untuk kita keluarkan duit kita. Selepas habis je campaign, duit kita akan di record kan di e-wallet kita. Dan korang boleh keluarkan pada bila-bila masa sahaja. Tapi sekarang, kalau tak silap, dorang akan proses setiap Isnin, jadi kena bertabah dulu ya.

1. Korang boleh terus tekan e-wallet korang dan boleh nampak, campaign apa je yang dah settle, berapa lagi yang pending (belum dapat payment), berapa total keseluruhan gaji kita. Dan korang boleh tekan PAYOUT REQUEST untuk keluarkan duit tersebut.



2. Macam yang korang tengok, dia ada charges. Kalau nak keluarkan duit di bawah RM 100, akan dikenakan charge sebanyak RM 2, kalau di atas jumlah tersebut akan dikira sebagai tiada charge!



3. Next korang boleh pilih campaign mana yang available untuk cashout, dan mana satu yang korang nak keluarkan.



4. Lepas dah settle pilih, dorang akan keluarkan slip. Dan korang dah boleh scnrsht lah. Settle! Senang gila kan?

 

So kepada korang yang dah join sushivid, jangan lupa untuk tetap berkarya dan bercreative! Sebab memang tak rugi. Dan kepada yang nak tambah side income, boleh terus daftar di Sushivid tauu. Sambil online, sambil buat income!