REVIEW : FILEM DAULAT (2020) DI IFLIX!



Director : Imran Sheik
Writers : Haziq Jamaludin, Imran Sheik
Stars : Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Jasmin Suraya, Cristina Suzanne, Zul Zamir, Karanbir Singh, Dato' Jalaluddin Hassan , Sangeeta Krishnasamy, Amar Ashraf Zailuddin, Din Said. 
Genre : Political & Thriller 
Release : iFlix
Release Date : 6 April 2020
Language : Malay & English
Production : Lacuna Pictures
Duration : 1 hour 41 minutes


Movie ni adalah movie free dekat iFlix, dan hadir dengan genre nafas baru yang memaparkan kisah seorang politician, Suri (Vanidah Imran) yang telah dilantik oleh Presiden MUNA, Hassan (Tony Eusoff) sebagai Timbalan Presiden Parti yang berusaha untuk memenangi kembali pilihanraya umum seterusnya walau dengan apa jua cara sekalipun biarpun perlu berkorban apa sahaja. 

Sinopsis penuh disini : - SINOPSIS SINI



Dari penceritaan yang dapat dilihat dalam filem ini, storyline memang baik namun penulisan skrip perlu diperbaiki. Audience yang gemar menonton genre jenis ini akan berasa janggal apabila mendengar penulisan skrip yang boleh dikatakan, agak kurang menyengat atau terlalu cringe untuk didengar. Secara keseluruhannya, filem ini tidak dapat menonjolkan isu politik yang sebenar kerana banyak menonjolkan isu sikap politician secara personal dan bukan kredibiliti politik yang seperti selalu kita lihat. Seolah sedang menampakkan dark side of being politician, gitchewww. Konflik yang diketengahkan juga, menghampiri isu semasa negara suatu ketika dahulu (tidak pasti, sama ada ianya kebetulan atau memang disengajakan) namun penceritaan plot agak sedikit laju. Walaubagaimanapun ianya merupakan satu langkah yang berani.


Genre jenis ini agak sedikit berat, mungkin bagi beberapa golongan penonton agak sukar memahami jalan cerita ini, kerana ia memerlukan upaya otak untuk berfikir. Bukan jenis filem yang boleh ditonton secara santai. Namun dalam filem political thriller ni, penulisan skrip seharusnya perlu lebih teliti kerana genre jenis ini lebih targeted kepada penonton yang suka berfikir. Macam tengah layan movie luar negara kan. Andai sahaja writer boleh melakukan homework sikit dengan memperhalusi penulisan skrip mungkin filem ini, boleh diperbaiki. 

Dari segi lakonan, barisan pelakon adalah hebat! Kita boleh nampak karisma Vanidah Imran sebagai ahli politik yang sangat sangat berbakat, ditambah lagi dengan barisan pelakon tambahan yang lain yang membantu keberkesanan watak dalam filem ini. Namun, ada beberapa scene agak kaku bagi Rashidi Ishak dan Cristina Suzanne pada part awal filem sebelum konflik berlaku. Kita dapat lihat, bahawa Rashidi Ishak kurang selesa bercakap dalam bahasa Inggeris. Taktau samada aku je yang rasa macamtu, tetapi dia mengurangkan feel tontonan aku. Cristina Suzanne juga agak blurr di bahagian awal, seolah-olah baru bekerja dgn CEO Media Raya, dan Myra agak mengganggu pada part mereka berbincang tentang streaming portal yang mereka nak lancarkan tu sebab seharusnya skrip mereka tidak begitu. Lakonan Ammar Ashraf juga sedikit agak mengacau feel Myra, sebab dia seolah-olah sedang menghafal skrip untuk memasukkan loghat utara dia tu. 























Dari segi susunan cerita, Myra dapati bahawa genre jenis ini tidaklah mudah untuk dibawa dan dihayati. Walaupun tidak menonjolkan point of view politik sangat, sebab lebih kepada kepuasan individu politik itu sendiri namun, jalan cerita yang dibawakan oleh filem ini amatlah menarik dan kita dapat lihat ada beberapa plot twist yang dibawakan dalam filem ini. Ending filem membuatkan tercengang sekejap sebab tak sangka, disebalik segala cara yang dilakukan oleh Suri sebenarnya adalah untuk merebut jawatan dan kepentingan dirinya. 

Haa, apa tu? Jeng... Jeng... Jeng... 

Sebagai penambahbaikan, mungkin boleh buat reference kaitan politik yang lebih padu dan political point of view yang lebih menyeluruh agar dapat memberi pengajaran kepada masyarakat yang menonton untuk lebih memahami situasi politik sebenar (walaupun ianya fiksyen). 


Paling Myra tak expect adalah dari sinematografi dia yang sangat menarik. Sangat cantik dan kemas. Hampir setanding dengan filem luar negara, dan itu adalah satu improvement yang layak dipuji. Thumbs up! Overall, Myra tidak dapat menghayati filem ini sepenuhnya sebab Myra dapat tangkap apa akan terjadi selepas ini, selepas ini, dan berharap sekiranya ada sambungan Daulat 2 atau filem sejenis ini di terbitkan untuk lebih melakukan kajian agar filem kita mampu menandingi filem luar negara untuk filem genre jenis ini. I do expect more untuk Hassan tetapi dia memilih untuk berdiam diri, fuhh... Rasanya kalau Hassan tak berdiam diri, filem ni lebih dari 1 jam kot. Hihihi.

Anywayyy, secara keseluruhan Myra bagi 6 / 10 stars untuk movie ini! Jangan lupa tonton di iFlix! Till my next post gais.

3 comments:

  1. Tpi Saya nk tnye , watak vanidah Imran , scene yg dia Naik ke tangga dduk dpn lukisan tu ap sebenarnya

    ReplyDelete