OFFICIALLY MEMBER MASAK APA TAK JADI HARINI?


Hi gaissss, its Myra! Myra sebenarnya dah berapa kali nampak group paling viral ni, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni. Tak pernah terlintas pun untuk join, sebab Myra memang jarak sangatlah untuk check on Facebook. Basically, buka facebook kalau nak check up iklan atau tengok postings baru dari kawan-kawan je. 

Kali ni, tiba-tiba kawan ada invite Myra untuk join group ni. 

Guess what?

Akhirnya Myra berjaya masuk group ni gais!

Rasa macam kepuasan berganda ya! Hahaha.

Padahal baru je masuk tapi serious group ni lawak gila! Terhibur tahap melampau. Kalau korang tengah bosan masa PKP ni, korang pun boleh try join sekali. Jap, jap, jap... Myra tunjuk dekat korang supaya kita boleh terhibur sesama, jap tau...



Ni antara gambar gambar yang ada dalam group tu gais
Dalam group ni banyaknya adalah cerita sebenar dari komuniti pengguna Facebook tau. SO dia bukan hanya content ye gais, dia dari cerita seharian yang diupload sendiri. Cuba tengok dekat bawah ni...


Sampai pecah lesung wei, Allahu...


Ni dah kes terlebih kembang gais, sampai terkeluar dari bekas HAHA


Amboi, kalah lentik wei. Lentik lagi depa dari aku HAHAHA


HAHAHA ini paling pecah oh! Sebelum bakar pandai social distancing, dah terbakor semua macam alien HAHAHA


HAHAHA apakah ini gaisss... Terkedu... HAHA

INI CHURROS KE GAIZ!  Lain maciam bentuknyaa... HAHAHA

Okay gais, setakat ini sahaja ketawa kita bersama. Dalam group ni best tau, masing-masing tak boleh condemn sebab semuanya hanya for fun sahaja. Bukan untuk menghina makanan, tetapi untuk perkongsian bersama sambil bergelak ketawa sepanjang musim PKP ni. HAHAHA.

Ok gais. Till my next post!

1 comment:

  1. Hahaha.. ejulz pun dah join. Bnyk kali member invite. Haha. Lps ni semakin ramai la yg buat2 salah masak 😂

    ReplyDelete