WHAT IS MY RAMADHAN ROUTINE?

*instagram - @princessmeenie*
Hai gais, its Myra! Salam Ramadhan Kareem. Macam mana korang punya Ramadhan kalini? Semoga kita semua dapat menjalani ibadah dengan istiqamah hendaknya. Aamin. Myra sejak beberapa hari puasa ni, dah mulakan beberapa rutin baru dan kalini Myra nak share 5 perkara dulu dengan korang supaya kita dapat memberi nilai tambah dalam rutin ibadah puasa kita!

1. BANGUN SAHUR PUKUL 5 PAGI
Sebab Myra jenis cepat lapar, jadi Myra lewatkan sikit timing bersahur tu. Kadang tak tidur juga, tapi tu tak baik lah. Myra nak kena improve juga tu sikap malas tidur tu. Tapi kadang tak dapat tidur, i dont know, maybe my anxiety... ciss...

2. TAK TIDUR SELEPAS SAHUR
Well, kadang tak tahan juga mata tu. Tapi bila dah selalu biasakan, Myra rasa sangat fresh untuk tak tidur. Boleh terus siapkan kerja, dan rasa hari tu sangat panjang tau. Akhirnya, malam boleh tidur awal dan bersedia dengan lebih fresh untuk keesokkan harinya!

3. MENCUBA UNTUK BACA AL-QURAN
Dah menjadi sebahagian daripada rutin Myra sekarang. Target nak khatam Al-Quran bulan Ramadhan ni, so ini yang Myra cuba buat. Sehari ada 5 waktu kan, so Myra asingkan 2 mukasurat sebelum solat dan 2 mukasurat selepas solat. Kadang ada je solat diakhir waktu, so sambil nak tunggu waktu solat seterusnya tu boleh lah baca sikit. Alhamdulilla, walaupun awal tu agak payah, inshaAllah, Myra cuba istiqamah! Kita tengok, Myra boleh khatam ke tak. Jeng jeng..!

4. SUSUN JADUAL MENGIKUT KEPERLUAN
Disebabkan kita semua dah mula bekerja dari rumah atau work from home, tapi Myra memang dari dulu pun kerja dekat rumah (can't relate) jadi Myra sediakan jadual Myra sendiri. Jadual ni adalah semua jadual keseluruhan Myra. Bila tengok balik, penuh juga jadual ni sampai takde masa nak rehat. Tapi, bagus sebab satu hari penuh dengan pengisian bermanfaat! 

5. BANYAKKAN DENGAR DAN BACA 
Myra selalu dengar doa doa pagi, surah mathurat, nasyid pagi-pagi sebab nak refreshkan diri. Manusia ni perlu motivasi sentiasa, sebab tu mainkan alunan yang baik baik untuk diri dapat membantu meningkatkan motivasi kita tau. Selain tu, Myra lebihkan membaca sekarang. Myra ada beli beberapa ebook daripada Shopee, dan korang yang nak beli dekat Shopee boleh tekan [SINI] sebab rupanya Shopee ada baaaanyak sangat jenis buku yang kita boleh beli, dengan harga serendah RM 1.00 je tau. Kalau korang rasa seronok baca, nanti boleh beli buku fizikal dia. Lagi syok!

Semoga apa yang Myra sharing ni, korang boleh amalkan sekali. Tapi, Myra pun jauh dari kata sempurna tau. SO Myra harap, kita boleh sama-sama berubah menjadi lebih baik sepanjang bulan Ramadhan ini. Selamat menyambut bulan Ramadhan a.k.a RMOdhan, gais!

Till my next post!

1 comment:

  1. great sharing. i've set a few goals of mine too.

    ReplyDelete