MENTORSHIP PROGRAMME

 


Assalamualaikum dan Hi geng. Sebenarnya dah agak lama juga, Myraa pendam untuk bercerita tentang my business journey. Bukan apa, perasaan takut tu masih ada. Takut kena cop acah hebat, takut di panggil 'orang kaya', takut orang kecam, dan Myraa sebenarnya tengah cuba cari my safe spot untuk tinggalkan jejak. Myraa nak berkongsi tapi takut. 

Yes. Takut.

Perasaan takut ni kita tak boleh halang. Ianya perasaan yang memang sering datang. Kadang kita tak nak perasaan tu datang, namun tanpa sedar lama kelamaan perasaan itu menyelubungi diri kita. Dan apabila ia terlalu lama berada di dalam badan kita, terlalu lama di dalam minda kita akhirnya kita menjadi sebati dengan perasaan itu. Akibatnya, kita menjadi selesa di dalam ketakutan sehingga kita tak berubah. Kekal begitu untuk satu jangka masa yang lama. Mungkin sebulan, setahun, sedekad. 

Malam ini, ada satu sesi khas yang telah diberikan oleh Team RichWorks yang mana mengajarkan kita untuk tetap menambah ilmu. Dengan adanya ilmu, kita boleh yakin dengan keputusan kita. Orang bisnes perlu kepastian, kalau tak rugi. Tapi macam mana nak dapatkan kepastian kalau kita sendiri pun takut? Sebab tu kita kena cari ilmu. Hanya dengan ilmu, kita dapat meyakinkan diri kita untuk mengambil keputusan. 

Betul, bukan mudah untuk berjaya.
Betul, bukan mudah untuk buat bisnes.

Kalau lah bisnes ni mudah, mesti tak ramai yang nak buat bisnes. Tapi disebabkan ianya susah, maka berpusu-pusu semua orang buat bisnes. Padahal dah tahu dah, memang susah.

Jika ini yang dilorongkan oleh Allah kepadaku, inshaAllah, tidak akan aku sia-siakan.

Ayuh, teruskan belajar.
Teruskan cari ilmu.
Ini baru kelas pertama-- 

Ehh rasanya ini bukan kelas. Ini adalah sesi tambahan sahaja. Tak tau lah kalau kelas macam mana. Berasap kot~

Tak sabar nak tunggu next class. Myraa akan kongsikan lagi. Doakan saya tau geng!

1 comment: