Showing posts with label Working Story. Show all posts
Showing posts with label Working Story. Show all posts


"Never do anything half way"

Cari keyakinan berbeza dengan dapat keyakinan. Bagi Myraa, bila kita dah dapat keyakinan, dinding setinggi langit pun pasti boleh kita boleh pecahkan. Tapi proses untuk pecahkan tu ambil masa, tenaga dan usaha yang berterusan tanpa henti sebab kena cari keyakinan nak pecahkan tu dulu. 

Persoalannya, kat mana nak cari?

Dah lebih sebulan rasanya Myraa cuba venture kepada pengalaman baru. Pada mulanya, memang rasa takut sangat. Cabaran baru. Kehidupan baru. Tekanan baru (ofkos). Tapi Myra fikir, selama ni jatuh bangun tanggung sendiri. Apa bezanya kali ni? Entah kenapa tiba-tiba muncul satu kata-kata daripada Albert Einstein yang terngiang-ngiang di minda Myraa. 

Entahlah, Albert. Tetiba je teringat.

"Hanya orang bodoh yang menggunakan cara sama tapi mengharapkan hasil berbeza."

Fuhh.. Albert ni selain pandai maths, pandai berfalsafah jugak. 

Kata-kata ni yang beri tamparan keras kat Myraa sehingga Myraa berani untuk melangkah dengan kekuatan yang berbeza. Myraa percaya yang usaha tidak akan mengkhianati hasil, because i've been there done that. 

Tapi punya lah seronok 'kehidupan' ni, walaupun kita pernah rasa jatuh, dan kemudian kita bangun, dan lepas tu kita jatuh semula, belum tentu kekuatan bangun kita sama seperti kita bangun yang pertama dulu. Sebab kali ni bangun bukan dari 0, tapi bangun bersama pengalaman. The trauma is there. The pressure is there. The vision still there. 

Kalau nak diikutkan, segala nenek moyang marketing dah cuba buat tapi hasilnya situ-situ jugak. Pergi kelas sampai level tertinggi, jumpa sifu-sifu berpangkat PhD, kita masih dekat situ jugak. 

Ayat "Belum rezeki ni..." yang selalu muncul untuk sedapkan hati. 

Kembali semula kepada perjalanan venture Myraa tadi...

Selepas menimbangtara segala kemungkinan dan keuntungan yang akan berlaku, dari gerak kerja yang bertambah banyak, tiba-tiba je sel otak berhubung dengan sangat pesat. Menjadikan Myraa sekarang sangat tak cukup rehat. Seolah-olah, selama bertahun tahun sebelum ni, takde buat apa apa. Hahaha.

Berbeza sangat. Sampai kadang persoalkan diri semula. 

"Apa aku buat selama ni?"

Tapi sebenarnya itulah prosesnya. Itulah proses pembelajarannya. Manis-manis je yang kita selalu nampak. Pahitnya berselindung disebalik senyuman. 

Tipu lah kalau kata tak sedih. Sangat sedih. Kita dah lalui semua proses ni, kenapa sekarang kena lalui semula? Banyak persoalan yang jadi tanda tanya Myraa. Rasa tak adil. Tapi ini yang perlu dilalui. 

Setelah sekian lama, baru Myraa sedar. 

Teknik tak pernah berubah, tapi orang yang menggerakkan tu yang berubah. 

Mindset berubah, gerak kerja berubah, strategy berubah, keyakinan berubah, kepercayaan pada diri berubah. Dan itu, Myraa tak belajar 3 tahun yang lalu. 

Cukuplah fasa bermain-main, Myraa. 

Jadikan langkah kali ini, permulaan kebangkitan semangat baru. Lebih FOKUS. Lebih SERIOUS. Lebih BERANI. Lebih BANYAK SALES.

Myraa terfikir juga, dah bertahun-tahun kot buat, takkan nak back to square. Sampai mentor Myraa kata, "laju-laju nak pergi mana?"

Makan dalam beb.

Now, here we are, back to square.... again.

And It's okay. 

BACK TO SQUARE....

by on October 08, 2021
"Never do anything half way" Cari keyakinan berbeza dengan dapat keyakinan. Bagi Myraa, bila kita dah dapat keyakinan, dinding set...

 


Assalamualaikum dan Hi geng. Sebenarnya dah agak lama juga, Myraa pendam untuk bercerita tentang my business journey. Bukan apa, perasaan takut tu masih ada. Takut kena cop acah hebat, takut di panggil 'orang kaya', takut orang kecam, dan Myraa sebenarnya tengah cuba cari my safe spot untuk tinggalkan jejak. Myraa nak berkongsi tapi takut. 

Yes. Takut.

Perasaan takut ni kita tak boleh halang. Ianya perasaan yang memang sering datang. Kadang kita tak nak perasaan tu datang, namun tanpa sedar lama kelamaan perasaan itu menyelubungi diri kita. Dan apabila ia terlalu lama berada di dalam badan kita, terlalu lama di dalam minda kita akhirnya kita menjadi sebati dengan perasaan itu. Akibatnya, kita menjadi selesa di dalam ketakutan sehingga kita tak berubah. Kekal begitu untuk satu jangka masa yang lama. Mungkin sebulan, setahun, sedekad. 

Malam ini, ada satu sesi khas yang telah diberikan oleh Team RichWorks yang mana mengajarkan kita untuk tetap menambah ilmu. Dengan adanya ilmu, kita boleh yakin dengan keputusan kita. Orang bisnes perlu kepastian, kalau tak rugi. Tapi macam mana nak dapatkan kepastian kalau kita sendiri pun takut? Sebab tu kita kena cari ilmu. Hanya dengan ilmu, kita dapat meyakinkan diri kita untuk mengambil keputusan. 

Betul, bukan mudah untuk berjaya.
Betul, bukan mudah untuk buat bisnes.

Kalau lah bisnes ni mudah, mesti tak ramai yang nak buat bisnes. Tapi disebabkan ianya susah, maka berpusu-pusu semua orang buat bisnes. Padahal dah tahu dah, memang susah.

Jika ini yang dilorongkan oleh Allah kepadaku, inshaAllah, tidak akan aku sia-siakan.

Ayuh, teruskan belajar.
Teruskan cari ilmu.
Ini baru kelas pertama-- 

Ehh rasanya ini bukan kelas. Ini adalah sesi tambahan sahaja. Tak tau lah kalau kelas macam mana. Berasap kot~

Tak sabar nak tunggu next class. Myraa akan kongsikan lagi. Doakan saya tau geng!

MENTORSHIP PROGRAMME

by on February 09, 2021
  Assalamualaikum dan Hi geng. Sebenarnya dah agak lama juga, Myraa pendam untuk bercerita tentang my business journey. Bukan apa, perasaan ...

 

Bangun pagi buat aku terfikir, apa yang akan terjadi dengan masa depanku. Betul kata orang, dalam umur sekarang melihat masa depan itu bukan sesuatu yang mudah. Takut. Gerun. Seram bila memikirkan. Kadang rasa macam nak tidur je sepanjang hari, tanpa memikirkan hari esok. *dah memang hobi tidur*


Aku pernah teringin untuk menjadi guru. Alhamdulillah diberikan peluang untuk mengajar. Rasanya sedikit sebanyak pengalaman menjadi guru itu membuatkan aku faham institusi pendidikan tidak sesuai denganku. Aku tidak pernah menggambarkan bahawa menjadi guru akan sesibuk itu. Dari luar kita nampak seperti tiada kerja, tapi sebenarnya sakit kepala beb! Kalau kau jenis tak boleh multitask, sebaiknya hindarilah sebelum kau sendiri yang sakit kepala. Bukan menakutkan, tapi aku tak boleh. 


Aku suka menulis. Bercerita dengan orang tentang kisah kisah di dunia. Menulis cereka yang boleh jadi pengajaran kepada semua. Agar mereka tidak melakukan perkara yang sama atau dapat sedikit gambaran bagaimana untuk mengelaknya. Tapi kadang ada juga yang terpedaya, namun sekurang-kurangnya dapatlah bertahan dan rasa didunia ni kita tidak bersendirian. 


Disebabkan itulah, aku memilih untuk menjadi blogger. Biarpun picisan dan baru faham tentang apa itu SEO. Menulis juga rupanya tidak semudah yang disangka! Namun setidaknya lebih mudah berbanding mengajar. Hahaha. 


Kemudian aku terjun ke dunia perniagaan, lebih tepat lagi bahagian marketing. Aku cuba memahami selok belok perniagaan sendiri. Awal awal memang rasa terbelit, tapi aku rasa ini semua adalah proses. Stress, nak nangis, nak menjerit. Tapi rasanya, hanya ini prosesnya. Jadi aku mesti lalui dengan penuh sabar. Bukan mudah untuk berjaya, dan mungkin ini salahsatu cabarannya. 


Dunia perniagaan tidak mudah. Tapi aku pelik sebab ramai sangat orang yang terjun ke dalam dunia ini. Ada yang masuk dalam keadaan terdesak dan akhirnya hanyut. Ada juga yang masuk dalam keadaan terdesak namun akhirnya berjaya. Walaupun tidak mudah untuk berjaya, tetapi hidup yang terdesak memang akan mengubah hidup kita sebab kita tak selesa, sebab kita tak nak dalam hidup ini lagi, jadi kita memilih untuk buat diri kita tak selesa. Dengan cara itu, kita boleh pindah ke circle yang lain dan dengan cara itu, kita boleh berubah.


Selepas sekian lama aku amati, nak berjaya sebenarnya perlu ubah kebiasaan. Orang selalu kata ubah hidup. Tapi bagaimana? Susah tau untuk berubah sepenuhnya dalam satu malam. Well, Taj Mahal pun tidak dibina dalam satu malam. Kini, aku sudah tahu caranya. Sedikit sebanyak dapat mengubah hidup, juga mengubah cita-cita. Mulakan dengan ubah kebiasaan dahulu. Dari kebiasaan, akan mengubah kehidupan. Well, its easier said than done. Tapi at least its easier to say lah... Hahaha.


Aku jujur, banyak perkara aku ubah. Bangun pagi, membaca buku, menulis, lebih suka berkhayal dan berimajinasi (ofkos yang baik-baik) sehingga aku sedar yang sebenarnya aku adalah orang visual. Jika aku boleh bayangkan sesuatu, maksudnya aku boleh mencapai itu. Tapi kalau aku tidak mampu bayangkan, perjalanan untuk aku ke arah itu adalah tidak mudah dan hampir gagal. Oleh itu, aku selalu membayangkan sesuatu yang baik-baik, selain ianya salahsatu teknik law of attraction, ia juga jadi semangat aku untuk meneruskan apa yang sedang aku usahakan.


Benar kata arwah papa, dunia perniagaan tidak mudah. Seharusnya aku kekal je jadi cikgu. Tapi tidak boleh berpatah balik lagi, aku sudah bermula. I need to finish what I started. Doakan aku ya rakan, doakan aku sentiasa sihat, doakan aku sentiasa bersemangat, doakan aku berjaya dunia dan akhirat, semoga aku dapat memberi banyak manfaat kepada orang lain, semoga aku dapat memberi kehidupan kepada orang lain kerana aku tahu bagaimana rasanya hidup dalam kesempitan, hidup naik dan jatuh, dan aku tahu bagaimana rasanya ditinggalkan bersendirian. Semoga berkat doa kalian menjadi asbab aku tidak putus asa, menjadi semangat kepadaku untuk lebih berusaha dan menjadi asbab ramai lagi orang berjaya. 


Till my next post gais.

ADA APA DENGAN CITA-CITA?

by on September 10, 2020
  Bangun pagi buat aku terfikir, apa yang akan terjadi dengan masa depanku. Betul kata orang, dalam umur sekarang melihat masa depan itu buk...

Heyyoooo! Hari kedua dah start dah! Tapi harini lain sikit sebab ada event dekat company. Ada macam exhibition macam tu dan Myra kena sampai office around 7.30, awal sejam daripada biasa dan kita terpaksa naik train paling awal gais. 


Myra macam tengah ada dilemma bila nak pergi kerja time pagi, sebab sendiri memang takde kenderaan. Biasanya akan naik grab, tapi paham lah kan kalau pukul 5-6 pagi grab mana yang lalu kan? Semua pun pasti tengah dok lena lagi. So, Myra buat satu inisiatif untuk sewa teksi. So pakcik teksi ni sumpah baik nak mampos, rate harga sama je macam Grab dia buat. Alhamdulillah dia datang on-time. Takde lah Myra tertinggal train. Pagi tu ada train 5.30AM, 6.00AM, 6.30AM, 7.00AM, 7.30AM, 8.00AM, 8.30AM, kemudian berjarak setiap satu jam. Agak seronok lah sebab dekat dekat masa tu. Kalau tertinggal satu, at least jarak masa tu rapat. Sempat lah nak kejar punch card kan. 


Tapi kalini sebab tak masuk office, so memang semua pun datang awal, kita minta orang dekat office untuk tolong punchkan lah. Myra pergi office juga tapi lambat sikit. Dalam pukul 7.40 macam tu baru sampai. Sepatutnya 7.30 kena sampai, nasib baik bos tak marah. Hehehe.


Lepastu kita pun start perjalanan terus dan bust exhibition. Myra baru lah tahu tentang perbezaan produk produk semua sehari sebelum. Tiba tiba hari kedua dah kena buat direct selling. Takut memang takut, takut salah bagi info dekat cust. Okay kot kalau main bantai dekat customer yang tak faham. Kot dapat customer yang reti balas balik, mau terkencing dekat situ. Tapi syukurlah, ramai senior boleh bantu. Dorang ni power lah. Dah lah multitalented, cepat belajar, suka berkongsi pulak tu, tak lokek ilmu. Memang seronok betul nak borak dengan dorang ni. 

Sempat eh tangkap gambar dalam tandas. HAAHAHAHA biasalah pompuan kalau nampak cermin besor memang ni jela kerja dia hahahahahaha. Okay sambung balik. Masa ni balik tak lewat sangat, Myra tak boleh balik lewat. Bukan sebab culas buat kerja ke apa. Myra ulang alik naik train, last train KTM pukul 9 malam. SO nak tak nak memang kena kejar masa. Kalau tak, kena naik grab tapi sekali perjalanan lebih RM70 tau. Erm, kita kerja gaji takde banyak mana time tu. 


Nasib baik pihak company baik, dorang faham. Myra tak kisah kerja berat tapi harap paham je dah cukup. Cewahh gituu. Emo jap, depa baik sangat. So far memang best pergi exhibition! Exhibition berlangsung selama 1 hari je tapi experience macam tu jarang dapat rasa. Ok esok dah start masuk kerja office balik, so kita tunggu apa next activiti kita! Excited! 


Till my next post gais!

FIRST EVENT DEKAT WORKPLACE!

by on October 02, 2019
Heyyoooo! Hari kedua dah start dah! Tapi harini lain sikit sebab ada event dekat company. Ada macam exhibition macam tu dan Myra kena sampai...

Yayyy muka budak dapat tag!

SUMPAH NAIM DANIEL MMG EXCITED GILA! 

Myra jarang cerita pasal working life tapi serious ini adalah moment yang paling happy bagi Myra sebab I dapat pengalaman baru bekerja di sebuah syarikat bertaraf international!

Finally!

Tapi Myra tak akan exposed company mana dan mungkin jalan cerita akan diubah sedikit, tapi  Myra rasa macam sangat happy untuk share dengan readers semua (lol. who reads?) tentang pengalaman bekerja di company baruuuu! Siapa tak excited kan bila kita yang tak pernah ada pengalaman, akhirnya diberi peluang keemasan macam ni!

So dapat panggilan sebenarnya beberapa minggu sebelum hari daftar, tak ingat berapa haribulan, dalam 2 -3 minggu macam tu, interview secara call jelah. People nowadays so creative tau, boleh interview guna phone je. Tetapi akan di follow up dengan real-life interview lah. Masa interview call tu, memang dapat rasakan akan ada environment baru yang Myra tak pernah rasa. Nervous, takut, resah, gelisah semua ada lah. 

Masa phone tu berdering pun dah rasa berdebar dah. Selepas dah bincang-bincang, staff tu cakap kena datang untuk walk-in interview pula dan sila bawa resume. Myra yang tak pernah bekerja ni dah pening kepala macam mana nak buat resume. The only one yang Myra boleh rujuk tentang resume adalah dengan Lingard. So Myra contact Lingard, bukan sebab gue belum move on ok! We were in a good terms now, so Myra contact dengan dia dan ambil resume dia sebagai rujukan!

Tapi akhirnya Myra rasa, Myra kena buat another version of resume sebab Lingard punya macam dah lame sangat. Takde design apa - apa. Ofkoz lah, dia accountant kan. Tak perlu nak design sangat lah. Myra lebih kepada keusahawanan dan inovasi, so mestilah ada sedikit inovasi dalam resume.... kan? 

Okay. 

Takde kena-mengena.

But still, Myra nak design juga resume cecantikss.

SO Myra pun pergi buat dekat Canva dan terus hias resume paling lawa di abad ini lah. Macam orang-orang punya resume tu. Kebabom! Masa tu Myra edit dekat seharian jugak lah, dan Myra siap fikir, kalau tak dapat kerja dengan design ni, takyah lah kerja. Duduk jela dekat rumah, goreng telur je. Tapi, memag rezeki tu di tangan Tuhan kan, kita sebagai manusia ni hanya perlu usaha je. Tiba masa walk-in interview, Myra dapat keputusan yang mereka terima! Company tak ada masalah dengan pekerja baru dan mereka siap cakap, boleh start bekerja pada 1 Oktober. Bagitau apa SOPs dan Protocol semua dan yesss, I AM READY FOR IT!

Sebenarnya pernah doa yang kalau boleh, ya Allah, berikanlah aku peluang untuk kerja dekat Kuala Lumpur tu. Nak jugak merasa kerja dekat Bandaraya KL tu. Kot sekejap pun jadi lah, taknak lama. Teringin juga pergi kerja punch card, naik train, kejar train, tertinggal train..... Alhamdulillah dapat! Diberi pengalaman untuk bekerja di Bandaraya KL, lebih spesifik dekat Petaling Jaya selama 8 bulan. Syukur... Sekejap pun tak apa! 

Jarak rumah dengan tempat kerja memang sangat jauh, dan berlainan negeri. Nak tak nak memang kena hadap untuk 8 bulan ni. Tak pasti boleh buat ke tak. Disebabkan masa kerja bekerja mula jam 8.30 pagi, jadi kena tiba dekat office sebelum 8.30 pagi lah kan......... em.... maksudnya kena kejar train jam 6.30 pagi?????

I never thought about it. 

Neh.. tapi rasanya akan fun kot. 

Anywayyyyyyy, esok ada event dekat office jadi nak tak nak memang kena prepare kaw-kaw! So, im done writing. Akan share banyak lagi untuk hari-hari seterusnya! SUMPAH TAK SABAR NAK START KERJA! Wish me luckkkk!

Till my next post gais!





YAY NEW JOB!!

by on October 01, 2019
Yayyy muka budak dapat tag! SUMPAH NAIM DANIEL MMG EXCITED GILA!  Myra jarang cerita pasal working life tapi serious ini adalah moment yang ...