200+ DESIGN RUMAH MODEN, SELESA DENGAN BAJET YANG MAMPU MILIK BERSAMA IDW DESIGN
Sebagai seseorang yang bekerja dari rumah, keselesaan bilik amat penting bagi Myra. Kalau boleh, tak nak ada rasa bosan dekat dalam bilik tu. Selepas je dari zaman kolej, Myra selalu mengimpikan ada aesthetic bedroom ala ala boho room decor. Tapi, last last kalah jugak buat dinding warna biru. Saje nak rasa luxury weii hahaha. Kan Myra baru je pindah awal tahun ni, so belum dapat hias rumah sangat. Tak ada idea langsung nak hias. Nasib baik, Myra dengar IDW Design ada mengeluarkan Buku Design Collection yang menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi beserta rujukan gambar konsep. Fuhh, dalam satu buku boleh menghias seluruh ruangan rumah?! Menarik!
CABARAN MEMBINA IDW
Tapi sebenarnya siapakah gerangan disebalik IDW ni? Jadi, pada tahun 2007, Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah memulakan syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman, IDW Design & Build (IDW), ketika masing-masing berumur 21 tahun. Masa itu, mereka baru je menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Syarikat mereka semakin maju dengan tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM 1.7 Juta. Pada usia mereka 24 tahun, pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70,000 dengan mengambil masa setahun untuk disiapkan. Fuhh, bukan biasa-biasa owner IDW ni gais.
Nak dijadikan cerita, setiap perniagaan ada pasang surutnya. Disebabkan oleh faktor umur yang masih muda serta kekurangan pengalaman, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan terpaksa berhadapan dengan bebanan hutang. Namun, tekad dan keazaman serta minat mereka yang mendalam terhadap bidang ini, membakar semangat mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, dan seterusnya ke peringkat Sarjana dan pada masa yang sama menguruskan pernigaan IDW.
Namun, langit tidak selalu cerah, apabila Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di peringkat Sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pelajaran. Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan, dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian.
Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan. Mereka meneruskan tekad untuk membina empayar IDW walaupun terus berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Walaupun mereka terpaksa menanggung liabitili hutang akibat ditipu oleh kontraktor dulu geng.
TRAGEDI KEBAKARAN
Dunia pernigaan ni memang kita tak dapat nak ramalkan. Hari ini langit terlihat cerah, esok belum tentu. Begitu juga yang telah berlaku kepada pasangan ini, dimana ada satu tragedi ngeri menimpa mereka. Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api. Tragedi itu telah menjadi 'push factor' untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW. Pengalaman ngeri itu telah membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW. Kini, mereka bertekad untuk membantu 1 juta pemilik rumah untuk memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna.
FENOMENA COVID
Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya, seluruh negara behadapan dengan 'total lockdown' dan semua individu hanya duduk di rumah. Tapi owner ni hebat, mereka tidak duduk diam. Dengan sikap mereka yang sentiasa bersedia mendepani apa jua cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan. Biasanya untuk company, mereka lebih bersedia lebih awal untuk tempoh setahun. Tapi disebabkan COVID menyebar, IDW mengkaji kembali kemungkinan yang sukar diramal dan lebih bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik.
Disebabkan perintah kawalan pergerakan menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman yang lebih selesa dan tidak membosankan. Kesannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga. Disebabkan 'new normal' inilah, mereka mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection. Haa, apa Design Collection ni? Kejap lagi Myra cerita ok.
DESIGN COLLECTION
Jujur, Myra sendiri suka dengan konsep IDW Design Collection ni. Mereka siap bagi lukisan pelan, visual 3D beserta rujukan gambar konsep. Kalau korang mencari the best interior design in Kuala Lumpur, Selangor dan Shah Alam, you guys memang kena cari IDW ni. Antara interior design firm yang boleh dipercayai dengan konsep yang menarik. Boleh dilihat pada bahagian buku ini, mereka menggunakan hardcover demi menjaga kualiti buku tersebut. Walaupun buku ini tebal dan berat, namun ianya tidak bersaiz besar seperti kebanyakkan buku design yang lain. Buku ini juga menggunakan kertas jenis glossy yang mana dapat membuatkan setiap helaian menjelaskan info dan gambar dalam keadaan yang sangat baik. Korang jangan lupa dapatkan dekat sini > SINI <
Paling syok, setiap design diberikan QR Code untuk korang discover sendiri pelan dan design dengan lebih mendalam. Myra pun jumpa beberapa konsep yang sesuai digunakan untuk bilik Myra. Nampak tak warna biru ni, korang jangan terkejut kalau gue bertukang lepas ni. Kih kih.
SERVIS EKSKLUSIF DENGAN HARGA YANG DIBAYAR
Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan. Keberkesanan IDW dalam mencahirkan rekaan yang menepati citarasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi. Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenalpasti citarasa dan rekaan yang berkualiti. Servis reka bentuk interior design rumah di IDW bermula dari RM 6,000 sahaja namun tidak semua pemilik rumah mampu untuk mengupah mereka. Walaupun sebenarnya bagi Myra, RM 6,000 itu dikira sangat berpatutan untuk menghasilkan rumah yang selesa. IDW sedar akan masalah kebanyakkan orang, sebab tu lah Design Collection dilahirkan. IDW membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik. Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dalaman rumah, dari dapur, bilik, ruang tamu yang mewah dan moden untuk setiap ruangan, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 Dimensi (3D) beserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi.
Akhir kalam, cehh dah macam bersyarahan pulak. Takpe. Akhir kalam, buku ni memang sangat sesuai untuk korang yang tengah buntu nak cari idea, inspirasi, nak lukis pelan, nak buat renovation. Especially bagi korang yang tengah cuba untuk hias rumah bajet, atau dengan kos yang minima. Sekarang dah tak perlu pening kepala dah nak hias rumah. Dapatkan buku IDW Design Collection untuk dapatkan interior design rumah minimalist dan moden sekarang!
IDW Design & Build Sdn Bhd
http://www.nakrumahcantik.com
Till my next post!
Love, Myraa!
imask
ReplyDeleteLED mask
童颜秘密
https://muse.hk/product/miin-01/miin-imask/
https://www.futbolb2c.com
ReplyDeletehttps://www.fotbollstrojase2.com
https://www.fotbollb2c.com