I AM VACCINATED! #FirstDose
Gue: Nak ambil gambar dekat tempat ambil vaksin jugak!
Also gue: Vaksin ni sakit tak, nurse?
Biarlah orang kata nak vaksin sebab nak join the trend, atau setakat nak ambil gambar dekat PPV je, asalkan kita dah tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia agar tidak menyusahkan orang lain. Especially bila antivaksin keluarkan segala hujah-hujah, dengan pelbagai isu sebagainya. Kita ni bukanlah budak medical, tapi tengok ramai (read: my sister) takde masalah, so kita pun jadi lebih yakin nak pergi vaksin. Dengan variant baru yang semakin hari, makin mengancam kan. Manusiakan saling memberi manfaat, bukan memudaratkan. Jujurlah, siapa je tak rasa takut atau being skeptical on the first place tentang vaksin ni. Tapi takpayah ambil pusing sangatlah kalau untuk kebaikan. InshaAllah, Allah bantu jugak. Niatkan je lillahitaala, semua ni untuk kebaikan bersama. Cuba pilih, takut sebab vaksin atau takut sebab covid?
1st Dose : 6 Jam selepas vaksin memang agak penat, rasa sangat lemah. Bahagian yang kena suntik tu memang sakit gila, nak angkat tangan pun tak boleh. Masak lagi lah tak boleh. Nasib baik boleh beli makanan guna Foodpanda. Nak bergerak rasa sakit-sakit, tapi biasalah sakit sebab vaksin. Dua tiga hari lepastu dah okay dah. Tapi syok jugak terbaring, minta tolong orang rumah, boleh manja-manja sikit. Nasib baik adik-adik semua jenis memahami. So gue boleh rest sambil layan Netflix atas katil! Weee~
Jangan tanya kenapa pilih warna kuning masa pergi vaksin, later i will let you guys know.
Tapi rasanya yellow suits me kan? Okay lah, tunggu next update untuk the 2nd dose tau.
Better buat new post ke atau sambung je dekat sini? Hm...
Yeaaay congrats on getting vaccine!!
ReplyDelete