#MyrorTrip : HECTIC KE BALI?!

 


Bali.

Secara general, tempat yang best. Tapi unpopular opinion, panas gila nak mampos! lol. 

Masa terbang lebih kurang dalam tiga jam. Nasib baik masa tu naik MAS, jadi adalah makanan atas flight disediakan. Walaupun masa tu puasa, alangkah bersyukurnya tak puasa masa tu. Hahaha. Tak dinafikan, berkejaran naik flight di awal pagi memang tak seronok ya. Jangan ditiru aksi ni. 

Sepatutnya kena datang tiga jam lebih awal, tapi akibat jalan jem di pagi hari bekerja, Myraa sampai airport 2 jam awal. Masa nak check-in, memang panjang gila nak mampos lah barisan tu. Dah cuba bincang dengan staff airport tapi memang katanya "masih sempat lagi" jadi dorang arahkan untuk beratur je lah.


Otak masa tu dah kelam kelibut dah fikir "mesti terlepas flight ni, mati lah..." Dah lah duit tak tukar lagi time tu tau. Masa nak gerak ni, masih dengan peraturan kena bayar Visa On Arrival (VOA) lagi. Jadi memang nak tak nak, kena ada cash dalam tangan. Sebab risau card bank tak valid nak guna international. Memang macam macam hal nak travel sekarang ni. 

Setelah lebih kurang 40 minit beratur, akhirnya dapat juga check-in dan tukar duit (thanks to kawan adik yang datang untuk membantu last minute) Lepas check-in tu memang takde makan apa. Yelah tak puasa kan masa tu. Tapi berharap sempat nak pergi beli makanan lah.

Memang tak sempat wei.

Dari start imigresen barisan dah terlalu panjang. Myraa dah beratur tau, sekali ada petugas imigresen jerit 

"Malaysian Passport sebelah sini!"

Fuhhhhhh.... Rupa-rupanya salah barisan. Jadi dapatlah beratur ke barisan Malaysian Passport guna mesin tu. Memang sekejap lah. Sat set sat set terus siap! Seterusnya tinggal segala kastam dll.

Disebabkan masa tu kena naik aerotrain tu, dah nak kena tunggu lagi dalam 10-15 minit pulak. Sumpah lah rasa nak carut diri sendiri kenapa sampai lewat. Ni kalau train pun lambat, naya je tertinggal flight. 



Walaupun terpaksa tunggu 15 minit je gais, tapi gelisah tak tenteram ya hahaha. Tapi selepas semua hustle tu, alhamdulillah dapat juga masuk ke flight dengan tenang. DIhidangkan makanan yang best-best. Tapi banyak masa di habiskan dengan tidur lah. Tiga jam perjalanan kot. Gila tak ngantuk. Dah lah gerak awal pagi sksksk.

Lepas 3 jam, akhirnya kita sampai ke Denpasar (Bali) dengan selamat. 

Okay kita cerita sampai sini dulu. Till my next post!

No comments:

Post a Comment