BACK TO SQUARE....
"Never do anything half way"
Cari keyakinan berbeza dengan dapat keyakinan. Bagi Myraa, bila kita dah dapat keyakinan, dinding setinggi langit pun pasti boleh kita boleh pecahkan. Tapi proses untuk pecahkan tu ambil masa, tenaga dan usaha yang berterusan tanpa henti sebab kena cari keyakinan nak pecahkan tu dulu.
Persoalannya, kat mana nak cari?
Dah lebih sebulan rasanya Myraa cuba venture kepada pengalaman baru. Pada mulanya, memang rasa takut sangat. Cabaran baru. Kehidupan baru. Tekanan baru (ofkos). Tapi Myra fikir, selama ni jatuh bangun tanggung sendiri. Apa bezanya kali ni? Entah kenapa tiba-tiba muncul satu kata-kata daripada Albert Einstein yang terngiang-ngiang di minda Myraa.
Entahlah, Albert. Tetiba je teringat.
"Hanya orang bodoh yang menggunakan cara sama tapi mengharapkan hasil berbeza."
Fuhh.. Albert ni selain pandai maths, pandai berfalsafah jugak.
Kata-kata ni yang beri tamparan keras kat Myraa sehingga Myraa berani untuk melangkah dengan kekuatan yang berbeza. Myraa percaya yang usaha tidak akan mengkhianati hasil, because i've been there done that.
Tapi punya lah seronok 'kehidupan' ni, walaupun kita pernah rasa jatuh, dan kemudian kita bangun, dan lepas tu kita jatuh semula, belum tentu kekuatan bangun kita sama seperti kita bangun yang pertama dulu. Sebab kali ni bangun bukan dari 0, tapi bangun bersama pengalaman. The trauma is there. The pressure is there. The vision still there.
Kalau nak diikutkan, segala nenek moyang marketing dah cuba buat tapi hasilnya situ-situ jugak. Pergi kelas sampai level tertinggi, jumpa sifu-sifu berpangkat PhD, kita masih dekat situ jugak.
Ayat "Belum rezeki ni..." yang selalu muncul untuk sedapkan hati.
Kembali semula kepada perjalanan venture Myraa tadi...
Selepas menimbangtara segala kemungkinan dan keuntungan yang akan berlaku, dari gerak kerja yang bertambah banyak, tiba-tiba je sel otak berhubung dengan sangat pesat. Menjadikan Myraa sekarang sangat tak cukup rehat. Seolah-olah, selama bertahun tahun sebelum ni, takde buat apa apa. Hahaha.
Berbeza sangat. Sampai kadang persoalkan diri semula.
"Apa aku buat selama ni?"
Tapi sebenarnya itulah prosesnya. Itulah proses pembelajarannya. Manis-manis je yang kita selalu nampak. Pahitnya berselindung disebalik senyuman.
Tipu lah kalau kata tak sedih. Sangat sedih. Kita dah lalui semua proses ni, kenapa sekarang kena lalui semula? Banyak persoalan yang jadi tanda tanya Myraa. Rasa tak adil. Tapi ini yang perlu dilalui.
Setelah sekian lama, baru Myraa sedar.
Teknik tak pernah berubah, tapi orang yang menggerakkan tu yang berubah.
Mindset berubah, gerak kerja berubah, strategy berubah, keyakinan berubah, kepercayaan pada diri berubah. Dan itu, Myraa tak belajar 3 tahun yang lalu.
Cukuplah fasa bermain-main, Myraa.
Jadikan langkah kali ini, permulaan kebangkitan semangat baru. Lebih FOKUS. Lebih SERIOUS. Lebih BERANI. Lebih BANYAK SALES.
Myraa terfikir juga, dah bertahun-tahun kot buat, takkan nak back to square. Sampai mentor Myraa kata, "laju-laju nak pergi mana?"
Makan dalam beb.
Now, here we are, back to square.... again.
And It's okay.
Semoga dipermudahkan segala urusan
ReplyDeleteair jordan 6 bordeaux on feet
ReplyDeletenike dunk low lottery stockx
adidas originals yeezy boost 350 v2 b37571