RESEPI NASI AYAM SIMPLE, MUDAH DAN SEDAP


Assalamualaikum dan Hi

Siapa sini jenis yang nak jimat tapi nak makan sedap? Myra pun jenis macam tu. So hari ni Myra nak share resepi makanan faveret Myra dan adik-adik. Kita orang jenis suka maak dekat rumah kalau mama pergi kerja. Myra malas nak drive beli makanan hahaha.

So tanpa melengahkan masa, jom buat nasi ayam ni! Tapi ni resepi paling simple ye. Korang boleh tambah ikut selera masing-masing. But believe me, memmang simpleeee gilaaaaaa!


Bahan-bahan:
1. AYAM
  • Bawang Putih (Myra suka guna banyak - dalam 4 ulas pun ok)
  • 5-6 ulas Bawang Merah
  • 2 Inci Halia
  • 1 Ekor Ayam
  • 1 Sudu besar Sos Tiram
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 Sudu besar madu

2. NASI AYAM
  • Mentega (dalam 2 sudu pun ok, tapi Myra suka banyak sikit)
  • Chicken stock 
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih (but I love more!)
  • 2 inci Halia
  • Susu full cream (Myra letak dalam 1 cawan je)
  • 1 kiub pati ayam (tapi chicken stockpun dah okay, ni extra je)
  • 1 Sudu kecil garam / Pasti Sedap
  • Rempah tumis - 3 Bunga Lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis
  • Kunyit powder (dalam 1 cubit, kalau suka nasi tu warna kuning)

3. SAMBAL CILI
  • 5 Tangkai cili padi merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil garam
  • 250ml chicken stock

4. SUP
  • 1 Sudu Pasti Sedap / kiub ayam (both also can, ikut selera)
  • Chicken Stock (sebanyak mana korang suka sbb Myra guna separuh)
  • Daun Bawang (boleh juga daun sup)
  • Bawang Putih goreng (utk di tabur)

Myra sengaja letak warna supaya korang nampak yang semua bahan untuk buat Nasi Ayam ni semua berkaitan, so takde lah terkurang ke nanti. Hehehe. SO kita mulakan dengan buat Ayam dulu, sebab stok ayam tu kita nak buat untuk semua bahan.


#1 : Kisar halia, bawang putih dan bawang merah dan perap ayam dengan bahan kisar selama lebih kurang 30 minit. Kalau size ayam besar, tambah lagi.


#2 : Didihkan air dalam periuk (kalau boleh banyak sikit stok ayam tu sbb nak guna utk yang lain-lain) dan masukkan ayam dengan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Jangan buang stok ayam tu. 




#3 : Angkat ayam tadi lepastu perap dengan sos tiram, kicap cair, kicap manis, dan madu. Lepastu boleh perap lagi sekali sehingga 1 jam. Kalau nak masak beberapa ketul je, baki tu boleh simpan dalam peti ais, esok goreng lagi.




Sos Tiram Myra guna yang ni.

Kicap Cair pulak Myra guna yang ni.

#4 : Selepas 1 jam, goreng ayam secara deep fry atau goreng dalam periuk sehingga minyak tengelamkan ayam tu. Ayam Myra beli ni memang dah siap potong, so kena hati hati takut ayam tu hancur.



#5 : Sekarang nak buat untuk Nasi Ayam pulak. Pastikan korang cuci dulu beras tu seperti biasa, masukkan ke dalam rice cooker.

#6 : Korang masukkan mentega dan tumis bawang putih, bawang merah, dan halia yang telah ditumbuk, bunga lawang, buah pelaga, dan kayu manis ke dalam kuali. (nak letak daun pandan dan daun salam pun boleh, cos i want cepat and simple so malas letak)


#7 : Sehingga naik bau, masukkan chicken stok yang berlebih tadi, lepastu letak susu full cream, garam, kiub pati ayam atau pasti sedap. Biarkan mendidih lepastu tutup api.




#8 : Masukkan ke dalam rice cooker tadi, masak seperti biasa. Masukkan dalam rice cooker, tekan je cook macam korang masak nasi tu. Sukatan air ikut sukatan jenis beras masing-masing. Kalau nak nasi tu warna extra kuning, ambil dalam secubit kunyit powder gaulkan ke dalam beras tadi. Jangan satu sudu, nanti kuning sangat.



#9 : Now kita buat sambal cili pulak. Blend cili padi merah dengan halia dan bawang putih. Masak dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.


#10 : Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan gula. Angkat.


#11 : Separuh chicken stock tadi, masak semula dan campurkan garam dan serbuk pati ayam atau pasti sedap. Tabur daun bawang (atau daun sup) dan bawang putih goreng ketika menghidang.



Dah siap! Sedia untuk dimakan! Enjoyyyy!

1 comment: