YAY! GAMBAR CONVO DAH SAMPAI!
Konvokesyen adalah satu majlis formal yang sangat dinanti-nantikan oleh graduan university atau kolej sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian mereka. Macam salah satu self reward yang kita beri kepada diri kita sendiri sebab akhirnya berjaya menamatkan pengajian. Dengan segala kesusahan yang kita hadapi masa belajar dulu, segala hutang, tak tidur malam tak tidur pagi, exam dan segala toyol toyol (kalau ada) haha akhirnya terbayar dengan satu majlis yang sacred lah orang cakap iaitu konvokesyen.
Walaupun begitu, ofkos photographer lambat siapkan gambar graduan sebab ramai kot untuk satu satu sesi. Hampir ratusan bahkan ada yang sampai ribuan orang. Bukan tu sahaja, mereka juga terikat dengan pelbagai kolej dan university, bukan setakat satu dua institusi je. Setelah dua bulan lebih akhirny Myra berjaya dapatkan Myra punya! Finally, I am graduated!
Orang kata, kalau dah graduate ni maksudnay dah bersedia menempuh hidup baru, tapi tidak bagi Myra. Habis je konvo, kita kena bayar hutang pulak. Hahaha, okay lah. Ingat ye junior sekalian, masa konvo nanti tak payah pandang kamera dan jangan sebut "thank you" nanti mulut monyok habis buruk gambar. Ikut je cara Myra, pandang je depan dan sebut "terima kasih" so gambar tu nampak macam acah candid sikit tapi hasilnya lawa. Masa konvo kan ada banyak kamera sampai kita pun tak tau nak pandang mana satu. Dah lah gugup naik atas pentas di hadapan ribuan umat, sekali tak tau nak pandang mana time dekat atas pentas. Cara selamat, pandang je depan dan ucap terima kasih lepastu terus jalan. At least ada satu lah gambar candid kita yang lawa, ye dok?
Apa apa pun, tahniah kepada korang yang dah konvo dan congrats myself *pat my own back*
No comments:
Post a Comment