Showing posts with label MyraMasak. Show all posts
Showing posts with label MyraMasak. Show all posts

Hari ni rasa malas sangat nak keluar rumah. So apa lagi, jom buat nasi goreng. Nasi goreng ni senang tau dan mempunyai element khasiat yang lengkap. Karbo jugak, ada protein jugak, ada vitamin jugak, semua lengkap lah. So, without any further ado, let's get started. Cewah...

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN:
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Mentega
  • Ikan bilis
  • Cili giling (atau blend je cili merah biasa tu)
  • Kangkung
  • Cili padi merah (yang kecil tu, nak yang hijau pun ok)
  • Perencah Nasi Goreng Kampung
  • Nasi
So pertama sekali, masukkan planta ke dalam kuali. 


Dah agak mencair, korang masukkan bawang putih dan bawang merah pulak. 


Lepastu korang tumis sampai bawang tu layu. Kemudian masukkan, ikan bilis, goreng sekejap.


Kemudian korang masukkan cili, so mentega tu akan rasa pedas lah. Macam tu Myra buat.


Kalau tak tahan pedas, letak sikit jela. Tapi kalau korang tahan, banyak pun takpe.


Lepastu masukkan cili padi ni. Memang betul kata orang, kecil-kecil cili padi. Nampak je kecil. Pedas dia nokharom.

Korang pun gaul gaul sekejap je, then masukkan kangkung. Tumis sekejap je sampai layu. Pastikan basuh dulu kangkung tu bersih-bersih.


Kemudian baru korang masukkan nasi. Ofkos lah nasi, bukan beras tau. Masukkan nasi, korang gaul gaul semua sehingga sebati. Baru korang masukkan perencah nasi goreng kampung. Senang sikit. Hehehe.


Lepas dah letak tu, korang gaul lagi. Sehingga sebati. Selepas semua dah sebati, nasi semua dah masak. Korang dah boleh hidang dah. Senang kan? Kalau nak lagi sedap macam dekat warung-warung tu kan, korang goreng lah telur dadar satu. Dah jadi dahhhh.. 


Hi korang, macam biasa lah Myra bila tengah lapar memang rajin search google nak makan apa. Belek-belek terus terjumpa ada satu resepi ni. Tapi the real resepi kuahnya banyak. Myra tak letak kuah banyak sebab lebih kurang kering gitu. Kebetulan ada pula bahan-bahan dekat rumah, so jom kita cuba!

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN :
  • Bawang putih
  • Bawang Holland (tapi Myra ganti dgn bawang merah)
  • Garam
  • Ayam / Udang / Sotong / Apa apa yang you guys suka sebagai extra ingredients
  • Linguine (Myra guna Angel Hair)
  • Olive oil (Myra guna oil biasa je)
  • Black pepper
  • Sos Tomato (korang pun boleh letak cherry tomatoe sebagai hiasan)
  • Heavy Cream (kalau nak berkuah)
  • Susu 100ml + Marjerin 2 sudu (kalau nak pekat tapi tak berkuah sgt)


FIRST OF ALL, korang masukkan Oil ke dalam frying pan. Lepastu tumis bawang putih dan bawang holland. 




LEPASTU, masukkan ayam atau udang atau sotong. Isi yang korang nak makan dengan pasta ni. Sebenarnya orang guna udang je, tapi ada yang tak boleh makan udang kan. Korang ganti je dengan ayam. At least, korang dapat makan. Macam Myra, adik Myra tak makan udang. Tapi Myra makan udang. So Myra goreng asing.



LEPASTU korang masukkan PEPPER dan GARAM. Supaya udang atau ayam korang tu ada rasa sikit. Gaul gaul sekejap, korang masukkan pula SOS TOMATO. Myra guna SOS Tomato preggo yang untuk spagetti tu. Lepastu masukkan heavy cream. Kalau nak agak kering, letak sikit je pun takpe. Supaya lebih creamy, korang letak lebih pun takpa.



TARAAAA DAH SIAP! Taburkan sedikit pepper di atas tu kalau korang suka, letak daun-daun sikit. Dah cantik dah! Selamat mencuba! 



Assalamualaikum dan Hi

Siapa sini jenis yang nak jimat tapi nak makan sedap? Myra pun jenis macam tu. So hari ni Myra nak share resepi makanan faveret Myra dan adik-adik. Kita orang jenis suka maak dekat rumah kalau mama pergi kerja. Myra malas nak drive beli makanan hahaha.

So tanpa melengahkan masa, jom buat nasi ayam ni! Tapi ni resepi paling simple ye. Korang boleh tambah ikut selera masing-masing. But believe me, memmang simpleeee gilaaaaaa!


Bahan-bahan:
1. AYAM
  • Bawang Putih (Myra suka guna banyak - dalam 4 ulas pun ok)
  • 5-6 ulas Bawang Merah
  • 2 Inci Halia
  • 1 Ekor Ayam
  • 1 Sudu besar Sos Tiram
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 Sudu besar madu

2. NASI AYAM
  • Mentega (dalam 2 sudu pun ok, tapi Myra suka banyak sikit)
  • Chicken stock 
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih (but I love more!)
  • 2 inci Halia
  • Susu full cream (Myra letak dalam 1 cawan je)
  • 1 kiub pati ayam (tapi chicken stockpun dah okay, ni extra je)
  • 1 Sudu kecil garam / Pasti Sedap
  • Rempah tumis - 3 Bunga Lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis
  • Kunyit powder (dalam 1 cubit, kalau suka nasi tu warna kuning)

3. SAMBAL CILI
  • 5 Tangkai cili padi merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil garam
  • 250ml chicken stock

4. SUP
  • 1 Sudu Pasti Sedap / kiub ayam (both also can, ikut selera)
  • Chicken Stock (sebanyak mana korang suka sbb Myra guna separuh)
  • Daun Bawang (boleh juga daun sup)
  • Bawang Putih goreng (utk di tabur)

Myra sengaja letak warna supaya korang nampak yang semua bahan untuk buat Nasi Ayam ni semua berkaitan, so takde lah terkurang ke nanti. Hehehe. SO kita mulakan dengan buat Ayam dulu, sebab stok ayam tu kita nak buat untuk semua bahan.


#1 : Kisar halia, bawang putih dan bawang merah dan perap ayam dengan bahan kisar selama lebih kurang 30 minit. Kalau size ayam besar, tambah lagi.


#2 : Didihkan air dalam periuk (kalau boleh banyak sikit stok ayam tu sbb nak guna utk yang lain-lain) dan masukkan ayam dengan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Jangan buang stok ayam tu. 




#3 : Angkat ayam tadi lepastu perap dengan sos tiram, kicap cair, kicap manis, dan madu. Lepastu boleh perap lagi sekali sehingga 1 jam. Kalau nak masak beberapa ketul je, baki tu boleh simpan dalam peti ais, esok goreng lagi.




Sos Tiram Myra guna yang ni.

Kicap Cair pulak Myra guna yang ni.

#4 : Selepas 1 jam, goreng ayam secara deep fry atau goreng dalam periuk sehingga minyak tengelamkan ayam tu. Ayam Myra beli ni memang dah siap potong, so kena hati hati takut ayam tu hancur.



#5 : Sekarang nak buat untuk Nasi Ayam pulak. Pastikan korang cuci dulu beras tu seperti biasa, masukkan ke dalam rice cooker.

#6 : Korang masukkan mentega dan tumis bawang putih, bawang merah, dan halia yang telah ditumbuk, bunga lawang, buah pelaga, dan kayu manis ke dalam kuali. (nak letak daun pandan dan daun salam pun boleh, cos i want cepat and simple so malas letak)


#7 : Sehingga naik bau, masukkan chicken stok yang berlebih tadi, lepastu letak susu full cream, garam, kiub pati ayam atau pasti sedap. Biarkan mendidih lepastu tutup api.




#8 : Masukkan ke dalam rice cooker tadi, masak seperti biasa. Masukkan dalam rice cooker, tekan je cook macam korang masak nasi tu. Sukatan air ikut sukatan jenis beras masing-masing. Kalau nak nasi tu warna extra kuning, ambil dalam secubit kunyit powder gaulkan ke dalam beras tadi. Jangan satu sudu, nanti kuning sangat.



#9 : Now kita buat sambal cili pulak. Blend cili padi merah dengan halia dan bawang putih. Masak dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.


#10 : Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan gula. Angkat.


#11 : Separuh chicken stock tadi, masak semula dan campurkan garam dan serbuk pati ayam atau pasti sedap. Tabur daun bawang (atau daun sup) dan bawang putih goreng ketika menghidang.



Dah siap! Sedia untuk dimakan! Enjoyyyy!


HALUUU GAIS! Siapa sini tengah tengah malam lapor, tak pun bangun breakfast pagi tak sempat nak masak banyak, nak yang cepat, kenyang dan sedap. 


Well, resepi ni Myra bagi nama SIMPLE dan MUDAH sebab saya jenis kalau lapar je baru masak. Kalau tak lapar, memang takde nya nak masak. So daripada korang baca bebelan Myra, jom kita terus start masak!



PS: Resepi ni tak sesuai untuk korang yang nak diet eh. Jangan bagi alasan taknak makan nasik sebab nak makan mac & cheese, kalori mac & cheese ni lagi banyak dari nasik!

BAHAN BAHAN YANG DIGUNAKAN :
  • Macaroni 
  • Buttercup
  • Cheddar Cheese / Mozarella / Parmesan / anything, the more the better!
  • Blackpepper
  • Tepung Gandum 1 sudu
  • Secubit garam
  • Kiub Pati Ayam
  • Susu full cream

First step, korang rebus dulu macaroni tu sehingga dia masak. Biasa kalau nak tahu dia masak tu bila dia dah mengembang dan agak timbul di permukaan kuali tu. Myra guna kuali je sebab senang. Kalau korang nak guna periuk ke, mangkuk ke, guna lah. Apa apa pun boleh.

Ni belum kembang tau, but hampir kembang. So kita kena tunggu lagi.
NEXT, korang letak secubit garam sikit untuk macaroni korang tau. Saje je supaya ada rasa sikit, tapi kalau taknak letak pun takpe sebab nanti ada cheese pun masin jugak.


NEXT, lepas je dah kembang korang tos kan dia. Keringkan, lepastu guna periuk yang sama pun boleh. Nak tukar baru pun ikut suka lah. Korang letak pula Buttercup atau apa apa mentega,tunggu sehingga dia cair lepastu korang letak tepung gandum.

So ini lah Cheddar Cheese yang Myra guna dan buttercup. Tak guna banyak pun sebab Myra buat untuk makan sorang je. Tepung pun letak dalam satu dua sudu pun okay, bergantung pada butercup korang banyak mana.




NEXT, korag gaulkan mentega dan tepung gandum tu tau, guna api kecil je. Gaul gaul sehingga sebati. Sekejap je tu, lepastu korang campurkan susu full cream. Ikut korang la nak banyak mana. Kalau untuk sorang makan, biasanya dalam satu cawan pun dah okay dah. 250ml, tapi Myra anggarkan macam satu hingga setengah cawan je. Sebab Myra tak suka susu banyak banyak. Haha.


 

NEXT, korang gaul gaul sehingga susu tu macam dah sebati dengan tepung dan mentega tadi. Jangan lupa masukkan kiub pati ayam tau. Supaya ada rasa ayam ayam sikit, ada orang jenis tak boleh makan terus susu dan cheese, tak lalu tekak. So supaya ada rasa ayam, korang masukkan kiub tu sehingga kiub tu larut. 

Bila dah larut, boleh lah korang masukkan cheese banyak banyak. Myra letak 3 keping, because I LOVEEE CHEESE! Kalau korang nak pekat, korang letak banyak, kalau taknak pekat sangat letak 1- 2 keping dah okay dah.

Selepas dah siap masukkan cheese, korang terus masukkan macaroni yang korang dah tos kan tadi tu ke dalam periuk korang. Kemudian gaul aje lah. Korang nak buat pekat macam mana, ikut kreativiti masing masing. Jangan lupa letak blackpepper ye, supaya ada rasa sikit hehe. Taknak letak pun takpe, ikut selera.


Dan sekarang ni, dah siap... Senang kan?

Boleh lah buat untuk breakfast! Nak makan macamm tu boleh, tapi Myra suka makan dengan roti. Tak taulah, rasa nikmat sangat. Korang jangan lupa try tau! Byeeeee!