ADA APA DENGAN CITA-CITA?

 

Bangun pagi buat aku terfikir, apa yang akan terjadi dengan masa depanku. Betul kata orang, dalam umur sekarang melihat masa depan itu bukan sesuatu yang mudah. Takut. Gerun. Seram bila memikirkan. Kadang rasa macam nak tidur je sepanjang hari, tanpa memikirkan hari esok. *dah memang hobi tidur*


Aku pernah teringin untuk menjadi guru. Alhamdulillah diberikan peluang untuk mengajar. Rasanya sedikit sebanyak pengalaman menjadi guru itu membuatkan aku faham institusi pendidikan tidak sesuai denganku. Aku tidak pernah menggambarkan bahawa menjadi guru akan sesibuk itu. Dari luar kita nampak seperti tiada kerja, tapi sebenarnya sakit kepala beb! Kalau kau jenis tak boleh multitask, sebaiknya hindarilah sebelum kau sendiri yang sakit kepala. Bukan menakutkan, tapi aku tak boleh. 


Aku suka menulis. Bercerita dengan orang tentang kisah kisah di dunia. Menulis cereka yang boleh jadi pengajaran kepada semua. Agar mereka tidak melakukan perkara yang sama atau dapat sedikit gambaran bagaimana untuk mengelaknya. Tapi kadang ada juga yang terpedaya, namun sekurang-kurangnya dapatlah bertahan dan rasa didunia ni kita tidak bersendirian. 


Disebabkan itulah, aku memilih untuk menjadi blogger. Biarpun picisan dan baru faham tentang apa itu SEO. Menulis juga rupanya tidak semudah yang disangka! Namun setidaknya lebih mudah berbanding mengajar. Hahaha. 


Kemudian aku terjun ke dunia perniagaan, lebih tepat lagi bahagian marketing. Aku cuba memahami selok belok perniagaan sendiri. Awal awal memang rasa terbelit, tapi aku rasa ini semua adalah proses. Stress, nak nangis, nak menjerit. Tapi rasanya, hanya ini prosesnya. Jadi aku mesti lalui dengan penuh sabar. Bukan mudah untuk berjaya, dan mungkin ini salahsatu cabarannya. 


Dunia perniagaan tidak mudah. Tapi aku pelik sebab ramai sangat orang yang terjun ke dalam dunia ini. Ada yang masuk dalam keadaan terdesak dan akhirnya hanyut. Ada juga yang masuk dalam keadaan terdesak namun akhirnya berjaya. Walaupun tidak mudah untuk berjaya, tetapi hidup yang terdesak memang akan mengubah hidup kita sebab kita tak selesa, sebab kita tak nak dalam hidup ini lagi, jadi kita memilih untuk buat diri kita tak selesa. Dengan cara itu, kita boleh pindah ke circle yang lain dan dengan cara itu, kita boleh berubah.


Selepas sekian lama aku amati, nak berjaya sebenarnya perlu ubah kebiasaan. Orang selalu kata ubah hidup. Tapi bagaimana? Susah tau untuk berubah sepenuhnya dalam satu malam. Well, Taj Mahal pun tidak dibina dalam satu malam. Kini, aku sudah tahu caranya. Sedikit sebanyak dapat mengubah hidup, juga mengubah cita-cita. Mulakan dengan ubah kebiasaan dahulu. Dari kebiasaan, akan mengubah kehidupan. Well, its easier said than done. Tapi at least its easier to say lah... Hahaha.


Aku jujur, banyak perkara aku ubah. Bangun pagi, membaca buku, menulis, lebih suka berkhayal dan berimajinasi (ofkos yang baik-baik) sehingga aku sedar yang sebenarnya aku adalah orang visual. Jika aku boleh bayangkan sesuatu, maksudnya aku boleh mencapai itu. Tapi kalau aku tidak mampu bayangkan, perjalanan untuk aku ke arah itu adalah tidak mudah dan hampir gagal. Oleh itu, aku selalu membayangkan sesuatu yang baik-baik, selain ianya salahsatu teknik law of attraction, ia juga jadi semangat aku untuk meneruskan apa yang sedang aku usahakan.


Benar kata arwah papa, dunia perniagaan tidak mudah. Seharusnya aku kekal je jadi cikgu. Tapi tidak boleh berpatah balik lagi, aku sudah bermula. I need to finish what I started. Doakan aku ya rakan, doakan aku sentiasa sihat, doakan aku sentiasa bersemangat, doakan aku berjaya dunia dan akhirat, semoga aku dapat memberi banyak manfaat kepada orang lain, semoga aku dapat memberi kehidupan kepada orang lain kerana aku tahu bagaimana rasanya hidup dalam kesempitan, hidup naik dan jatuh, dan aku tahu bagaimana rasanya ditinggalkan bersendirian. Semoga berkat doa kalian menjadi asbab aku tidak putus asa, menjadi semangat kepadaku untuk lebih berusaha dan menjadi asbab ramai lagi orang berjaya. 


Till my next post gais.

2 comments:

  1. don't give up . teruskan usaha :) yang penting doa :)

    ReplyDelete
  2. jom join GA ni https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/520-giveaway-by-garaeki.html

    ReplyDelete