FOREVER LIVING ALOE SCRUB REVIEW



Heyyoo gais, Myra ni takde lah seorang yang jenis ber-skincare regime sangat. Kebiasannya memang akan stick dengan satu-satu product tu sehingga lah dah tak sesuai baru tukar. Baru-baru ni, Myra try pakai Forever Aloe Scrub ni dari Forever Living. Sebotol ni berat dalam 118ml dan tesktur dia agak sedikit kasar kerana ianya bagus untuk exfoliator. Khas untuk muka yang kusam, kasar, dan boleh membuang sel sel kulit mati. Myra bukan pakai dekat muka je, disebabkan ianya sesuai untuk dipakai untuk kegunaan harian, Myra pakai juga untuk scrub kaki sebab kita kena jaga seluruh badan kita gais, bukan muka je. Lagi satu packaging dia pun syok wei, ditutup kemas dan jenis yang picit tu. Jadi tidak membazir, memang boleh agak sendiri berapa banyak yang patut digunakan pada satu satu masa. Jimaatt!



Tahu tak kelebihan scrub ni apa? Biasa kita selepas pakai cleanser, kita akan pakai toner, moisturizer, dan sunscreen kan? Scrub biasanya akan dipakai selepas kita guna cleanser, seminggu sebaiknya sekali atau dua kali je, supaya kulit kita bersih. Kalau boleh jangan lebih dari dua kali, takut tisu kulit kita koyak. Scrub memang tekstur nya kasar, takut kulit luka. Rosak, kena pergi dokter untuk sembuhkan balik. Berapa pula cost tu kan..... huhu...




"Lebih dari sekadar kulit" adalah slogan Forever Aloe Scrub. Gabungan unik gel Aloe vera dan Minyak Jojoba tulen, pembersih kulit yang berkesan ini cukup lembut untuk kegunaan harian dan cukup kuat untuk membersihkan kotoran yang menyebabkan masalah kulit. Scrub ni juga akan membersihkan kulit untuk proses pembaharuan kulit yang unik, sambil membantu melindunginya dari pengeringan dan kerosakan. Gosok sel-sel kulit mati dengan perlahan untuk mula mengungkapkan kulit yang lebih sihat dan baru. Sebotol harga pasaran RM66.00 tetapi kalau beli guna LINK NI akan dapat discount menjadi RM59.00 jeee. Disebabkan direct dari HQ bukan dari pengedar, sebab tu dapat harga lebih murah daripada harga pasaran. 

1 comment: