JOM BUAT RAWATAN MENGHILANGKAN PARUT DAN JERAWAT DI DR MEDISPA AND WELLNESS BANGI

 



GAIS, Myraa nak cerita pasal kulit muka Myraa yang makin hari makin teruk. Padahal sepanjang PKP ni tak adalah selalu keluar. Memang dah berbulan terperap je dalam bilik tu. Beli makanan pun pakai grabfood je, senang! Tapi taktau lah kenapa kulit muka ni makin teruk. Dapat rasa macam jerawat pasir, ada juga rasa macam gatal, rasa pedih pedih pun ada. Tak pasti sama ada skincare dah tak sesuai dengan kulit, atau kulit ni saje gedik nak cari pasal. 

Tibehhh...

Ada je orang cakap, "buat apa nak pakai skincare, kan duduk rumah jeeeeee......." Tapi sebenarnya walaupun duduk dekat rumah, kita tetap kena maintain pakai skincare kita. Kalau rasa gatal, pedih tu maksudnya memang kulit berada di tahap yang tidak normal. Korang kena cepat cepat pergi jumpa orang pakar. Mereka akan check, bagi nasihat, dan membantu korang menyelesaikan masalah korang.

Myra cadangkan, cuba korang pergi ke Dr. Medispa and Wellness dekat Bangi, Selangor. Harga pun berpatutan, tempat yang kondusif, dipercayai oleh ramai pelanggan dan dah buat lebih dari  3500 sesi rawatan. Mereka juga mempunyai teknik yang berlainan untuk parut yang ada dan serum yang berbeza bagi setiap individu. Meh Myra listkan apa yang membuatkan Myra memilih untuk buat rawatan dekat Dr Medispa and Wellness Bangi ni.

1. CONSULTATION YANG LENGKAP



Kesemua beautician disini akan check kulit kita terlebih dahulu. Kesuaian treatment juga bergantung kepada keadaan kulit kita. Macam kulit Myra masa ni memang agak teruk lah, sebab baru lepas datang bulan dan agak stress sikit. So Myra punya jerawat macam kecil-kecil dan pedih, gatal dan huru hara lahhh. Jadi, mereka sarankan untuk melakukan treatment OxyPeel C yang mana menggabungkan 3 teknik rawatan berbeza. Rawatan OxyPeel C adalah rawatan di mana prosedur ini sesuai untuk membantu kulit kusam yang  memerlukan eksfoliasi lapisan epidermis paling luar. 

Rawatan perlu lebih daripada satu sesi sekiranya kulit mempunyai parut yg extreme, tapi jika kulit tiada masalah boleh dilakukan 2 bulan sekali bagi menghilangkan wrinkles dan kedutan halus. Disebabkan kulit ni adalah organ paling besar yang kita ada serta yang paling sensitif dan terpaling mudah dijangkiti bakteria. Fuhhh, sebab tu kena extra careful gaiss.

2. RAWATAN YANG DIFORMULASIKAN OLEH PAKAR

Untuk kebanyakan jenis rawatan, akan dipantau dan formulasikan oleh Dr Azira, founder Dr Medispa and Wellness sendiri. Untuk rawatan Myra ni ialah OxyPeel C yang mana mempunyai kelebihan seperti yang berikut :

- Menghilangkan parut jerawat dan segala jenis parut dengan cepat dan berkesan (seawal rawatan pertama dah boleh nampak perubahan)
- Menghilangkan parut jeragat, kedutan dan mengecilkan pori
- Menghasilkan sel kulit baru yg lebih lembut & menghaluskan liang roma kasar/ terbuka
- Memperbaiki tekstur kulit dan tona kulit tak sekata 
- Menghasilkan kolagen kulit, membuang sel-sel kulit mati & mencerahkan kulit
- Pengelupasan kulit secara menyuluruh dapat memberikan hasil yang sgt cepat dan efektif di mana dapat membaiki kulit yg lebih halus, berseri sekiranya mendapat rawatan sewajarnya.



Ohhh dan disebabkan mereka memang sangat pakar dalam bidang ni, Myra nak share sikit dekat korang beberapa info tambahan berkenaan parut yang kebanyakkan kita selalu alami. Kadang kita sendiri tak perasan yang ni adalah parut.


Parut ada bermacam jenis parut kawah (terminologi) yang biasa digunakan. Parut dan teknik amat berbeza bergantung kepada jenis2 parut tersebut. Antara parut paling biasa mereka jumpa adalah mix type (kombinasi antara Box Scar, Rolling Scar & Ice Pick Scars)

Dan untuk harini, Myra akan buat treatment ini juga selain daripada Cinderella Peel.



3. SELAMAT DAN SELESA

Dalam isu keselesaan ni, kebersihan adalah yang paling kita titikberatkan, kan? Syukurlah di Dr. Medispa and Wellness Bangi ni sangat selesa. Memang betul betul selesa lah! Korang pun yakin untuk buat rawatan disini. Selain mereka sangat arif berkenaan treatment yang akan dijalankan, mereka juga menggunakan bahan bahan yang berkualiti.

Jap, Myra nak tunjuk tempat rawatan yang mereka sediakan. 


Kawasan rawatan


Tempat menunggu

4. HARGA YANG BERPATUTAN

Kalau nak diikutkan, pricing untuk treatment kulit ni mahei nak mampos gais. Tapi tak sangka bila buat treatment dekat Dr Medispa and Wellness Bangi ni, dengan tempat, beautician berpengalaman dorang mampu berikan tawaran harga yang korang tak boleh nak tolak. Jap, Myra share list harga dia. Jangan gigit jari eh, kalau rasa tak tahan, terus je book appointment dengan dorang.


5. BANYAK PROVEN TESTIMONI

Masa Myra first pergi tu, banyak betul rasa. Rasa takut, selain daripada takut mahal lah. Ada juga rasa takut tak menjadi. Muka Myra memang tersangat-sangat sensitif plus muka Myra memang cepaat sangat merah. Sensitif bukan cepat tumbuh jerawat tau. Jenis sensitif Myra ni yang sikit sikit merah, sikit sikit gatal, memang sejenis gedik macam tuan dia jugak.... Eh...

So Myra ada survey dulu sebelum tengok, nampak ada beberapa proven testimoni. Myra ni takde lah nak muka flawless tanpa seketui jerawat, asalkan jerawat dan parut pudar dah cukup elok dah. Kita ni bukan lah retis ye kan, nak muka selembut kulit bayi, nak halus seperti kulit telur, asal bersih cantik segar nampak hidup dah cukup dah.

Ini adalah Myra punya testimoni sendiri yang memang proven lah! Korang tengok dari hari pertama sehingga hari ke-14 ni tau. Biasanya akan nampak perubahan bermula dari hari ke-3 sehingga ke-14. Namun, Myra ada sedikit perbezaan mungkin disebabkan terlalu sensitif tulah. Jadi Myra punya muka sekarang ni memang semakin membaik, semakin segar tapi tak semulus, sehalus, selicin kulit telur. Tapi masih lagi sihat, alhamdulillah.

Ini adalah hari pertama iaitu sejam selepas buat treatment OxyPeel C. Haa satgi Myra cerita ok!


Ini pula muka Myra masa hari-14. Selepas kali kedua buat rawatan iaitu rawatan Hydraoxy Glow.

So sekarang, Myra nak cerita sikit pengalaman Myra sepanjang treatment berlangsung. Kalau korang nak tengok full version punya video, korang boleh tengok dekat instagram Myra. [TEKAN SINI] Myra dah pergi dua kali untuk buat treatment dengan Dr Medispa and Wellness ni. Myra nak cerita masa hari pertama dulu. Apa jenis treatment yang Myra dah buat. 

STEP 1 : FACIAL WASH CLEANSING


STEP 2 : PROSES KECUTKAN JERAWAT DAN WAP PANAS UNTUK MEMBUKA PORI SUPAYA SENANG NAK BUAT EXTRACTION


STEP 3 : EXTRACTION WHITEHEAD / BLACKHEAD



STEP 4 : (1) OXYGEN FACIAL + SERUM KHAS DR. AZIRA


STEP 5 : MASK & WAP SEJUK




STEP 6 : MASK LED UNTUK NYAHKUMAN BAKTERIA DAN BANTU PROSES KECUTKAN JERAWAT




STEP 7 : (2) CINDERELLA PEEL




STEP 8 : WAP SEJUK


STEP 9 : MESOTHERAPY FACIAL



Penjagaan selepas treatment memang sangat leceh eh... Untuk orang yang rajin memicit jerawat macam Myra atau sejenis yang tak tahan muka gatal, atau memang jenis gatal tangan memang kena latih diri supaya jangan sentuh muka. Korang tahu tak tangan korang tu banyak kuman????!! Emosi gue...

Selepas itu, Myra pun tak boleh pakai skincare selama 7 hari. Tapi boleh lah pakai moisturizer dan sebagainya tapi bukan cleanser lah. Lepas beberapa hari, Myra rasa Myra punya kulit tidak dapat menerima respond dengan baik. Mungkin disebabkan oleh kulit Myra yang kering, dan kerap terdedah dengan matahari, atau mungkin faktor kita kena pakai mask sentiasa so muncul maskne pula.

Myra pun datang semula ke Dr Medispa untuk rawatan seterusnya iaitu Hydraoxy Glow C. Yang mana treatment ini dapat menghasilkan kulit yang tegang, bersih dan cantik! 

Antara kelebihan Hydraoxy Glow C:

1. Kita akan sedut keluar sel2 kulit mati

2. Membersihkan whitehead & blackhead

3. Mengcilkan pores dan akan melembapkan kulit. 

4. Bukan sekadar sedut je tau, kami ada menggunakan serum khas kami sendiri bergantung kepada keadaan kulit anda silap2 terus dapat instant glowing nak bermekap berdandan apa lagi makin smooth cantik je la uolss😍

5. Vitamin C sangat bagus untuk kulit wajah di mana ia membaik pulih wajah dari penuaan, memelihara kulit wajah, mencerahkan kulit dan memudarkan parut jerawat dan jeragat.


Untuk makluman, Hydraoxy Glow C ni ada 2 treatment iaitu treatment Hydra dan Oxygen Facial.   

STEP 1 : FACE WASH MILK 
STEP 2 : FACE WASH CLEANSER
STEP 3 : WAP PANAS UNTUK BEBERAPA MINIT
STEP 4 : VACUUM UNTUK BUANG WHITEHEAD & BLACKHEAD


STEP 5 : HYDRA + SERUM KHAS


STEP 6 : ULTRASONIC


STEP 7 : MASSAGE
STEP 8 : OXY SPRAY



STEP 9 : MASK LED

Lepas treatment ni, lepas hari ke tiga dah boleh pakai routine skincare balik dah. Kulit pun semakin lama semakin baik. Tu ada Myra tunjuk muka hari ke-14 macam dekat gambar atas tu kan? Syukur. Takut betul kalau kulit kita bermasalah, sakit, pedih, susah hati rasa. 

Kepada korang yang nak kulit cantik, nak buat rawatan kulit, korang boleh pergi ke Dr Medispa and Wellness Bangi yang bertempat disini :

DR MEDISPA AND WELLNESS

No 6-1, Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral,
Kajang, Malaysia


Dan kalau nak book appointment korang boleh tekan [SINI] 

Till my next post gais!

No comments:

Post a Comment