PENGENALAN KEPADA MARAEPS UNTUK CARA BAYARAN PELAJARAN MARA 2020

 


Haiii student MARAA! Dah ready nak bayar balik pinjaman MARA? Actually berdasarkan my previous post tentang bayaran balik MARA, ramai sangat yang tanya macam mana nak guna MARAEps ni? Tanpa segala ayat berbunga-bunga, mari kita straight to the point!

#1 DOWNLOAD APPS MARAEPS DI APPLE APPSTORE 

Saya tak pasti dekat Google Play Store ada ke tak. Tapi disebabkan saya guna iPhone, jadi saya share menggunakan Apple App Store ya. Rasanya ada juga di Google Play Store, korang cuba godek godek. Tapi pastikan download dahulu. Bentuk apps macam ni tau (rujuk gambar dibawah)


#2 LOG IN ATAU DAFTAR BARU

Untuk yang pertama kali baru nak menggunakan MARAEps, boleh terus daftar baru. Kemudian kalau nanti nanti nak gunakan perkhidmatan MARA, boleh terus log in seperti biasa. Bestnya lagi, dalam apps ni korang bukan hanya boleh buat bayaran tetapi boleh juga untuk set auto debit, buat bayaran untuk segala kursus yang dianjurkan oleh MARA, boleh update akaun anda dan macam macam lagi berkenaan MARA disini. Serius senang!


#3 PILIH AKAUN SAYA

Kalau korang nak mula membayar pinjaman balik pelajaran MARA, tekan bahagian akaun anda tu. Kalau korang nak bayar untuk program MARA yang korang nak join, tekan Program Usahawan.

#4 BUAT BAYARAN SECARA ONLINE

Korang pilih akaun mana yang nak dibayar. Memandangkan saya hanya ada akaun pembiayaan pelajaran sahaja, so saya pilih pada akaun tersebut lah. Kalau korang nak buat direct debit, boleh tekan disitu. Tetapi jika tidak, tekan buat bayaran.


#5 BUAT BAYARAN SECARA ONLINE MENGIKUT BERAPA NILAI YANG ANDA PERLU BAYAR

Kalau korang confuse berapa nilai yang sepatutnya korang bayar, korang boleh check pada website E-Baki atau check email korang. Korang boleh tengok berapa tunggakan korang dan baki hutang yang perlu dijelaskan. Kalau guna personal bank, tekan je retail banking.



#6 PEMBAYARAN AKAN DIBUAT SECARA ONLINE, RESIT AKAN TERUS DI BERIKAN



#7 KORANG BOLEH CHECK SEMULA TRANSAKSI KORANG




Semudah itu gais. Korang go through je dulu cara nak download MARA Eps ni. Awal-awal memang susah sikit nak faham tapi lama-lama, sebenarnya sangat senang! So, jadilah peminjam yang bertanggungjawab ok! 

2 comments:

  1. hi, nak tanya untuk bayar RM300 tu macam mana ye? perlu ke ikut step yang sama macam dekat atas ni? thank you

    ReplyDelete
  2. yang RM300 tu bayar mcm biasa je kan? tak ada website yang khas untuk bayaran komitmen (econversion) kan? janji masa bayar perlu letak amount RM300 sama step mcm atas?

    ReplyDelete