#1 CHECK E-BAKI TERLEBIH DAHULU
#2 SELESAIKAN TUNGGAKAN JIKA ADA
Kalau korang ada tunggakan, korang kena selesaikan dahulu baru boleh buat pengurangan. Contoh, ada tunggakan 10 bulan (sebulan RM100 = RM 1,000) so korang kena selesaikan RM1000 dahulu baru boleh buat pengurangan. Nanti penat isi borang, last-last tak layak sebab ada tunggakan. Baki tunggakan boleh tengok pada E-Baki. Pembayaran tunggakan boleh dibuat melalui apps MARAEps. Lagi senang. Database dah ada dalam tu. Bayar je melalui Apps tu, lagi cepat berbanding bayar melalui kaunter (macam dulu-dulu)#3 BUAT BAYARAN KOMITMEN CONVERSION
Selepas dah settlekan tunggakan, korang kena buat bayaran komitmen conversion sebanyak RM300. Boleh bayar guna apps MARAeps juga. Lepastu screenshot jumlah RM300. Pastikan nampak dekat resit tu RM300 tau. Memudahkan kerja nanti.
#4 SAHKAN SKROL & TRANSKRIP
#5 LOGIN E-CONVERSION
Data kita dah sedia ada pada econversion, so korang just masuk ikut data pada E-Baki je. Senang betul. Korang boleh juga rujuk panduan sedia ada, kalau rasa macam Myra explain ni serabut. Ikut langkah-langkah satu per satu.
#6 DAFTAR E-CONVERSION
#7 RESULT
CARA BUAT PENGURANGAN MARA SECARA ONLINE 2020 | MUDAH, CEPAT, SENANG!
Bangun pagi buat aku terfikir, apa yang akan terjadi dengan masa depanku. Betul kata orang, dalam umur sekarang melihat masa depan itu bukan sesuatu yang mudah. Takut. Gerun. Seram bila memikirkan. Kadang rasa macam nak tidur je sepanjang hari, tanpa memikirkan hari esok. *dah memang hobi tidur*
Aku pernah teringin untuk menjadi guru. Alhamdulillah diberikan peluang untuk mengajar. Rasanya sedikit sebanyak pengalaman menjadi guru itu membuatkan aku faham institusi pendidikan tidak sesuai denganku. Aku tidak pernah menggambarkan bahawa menjadi guru akan sesibuk itu. Dari luar kita nampak seperti tiada kerja, tapi sebenarnya sakit kepala beb! Kalau kau jenis tak boleh multitask, sebaiknya hindarilah sebelum kau sendiri yang sakit kepala. Bukan menakutkan, tapi aku tak boleh.
Aku suka menulis. Bercerita dengan orang tentang kisah kisah di dunia. Menulis cereka yang boleh jadi pengajaran kepada semua. Agar mereka tidak melakukan perkara yang sama atau dapat sedikit gambaran bagaimana untuk mengelaknya. Tapi kadang ada juga yang terpedaya, namun sekurang-kurangnya dapatlah bertahan dan rasa didunia ni kita tidak bersendirian.
Disebabkan itulah, aku memilih untuk menjadi blogger. Biarpun picisan dan baru faham tentang apa itu SEO. Menulis juga rupanya tidak semudah yang disangka! Namun setidaknya lebih mudah berbanding mengajar. Hahaha.
Kemudian aku terjun ke dunia perniagaan, lebih tepat lagi bahagian marketing. Aku cuba memahami selok belok perniagaan sendiri. Awal awal memang rasa terbelit, tapi aku rasa ini semua adalah proses. Stress, nak nangis, nak menjerit. Tapi rasanya, hanya ini prosesnya. Jadi aku mesti lalui dengan penuh sabar. Bukan mudah untuk berjaya, dan mungkin ini salahsatu cabarannya.
Dunia perniagaan tidak mudah. Tapi aku pelik sebab ramai sangat orang yang terjun ke dalam dunia ini. Ada yang masuk dalam keadaan terdesak dan akhirnya hanyut. Ada juga yang masuk dalam keadaan terdesak namun akhirnya berjaya. Walaupun tidak mudah untuk berjaya, tetapi hidup yang terdesak memang akan mengubah hidup kita sebab kita tak selesa, sebab kita tak nak dalam hidup ini lagi, jadi kita memilih untuk buat diri kita tak selesa. Dengan cara itu, kita boleh pindah ke circle yang lain dan dengan cara itu, kita boleh berubah.
Selepas sekian lama aku amati, nak berjaya sebenarnya perlu ubah kebiasaan. Orang selalu kata ubah hidup. Tapi bagaimana? Susah tau untuk berubah sepenuhnya dalam satu malam. Well, Taj Mahal pun tidak dibina dalam satu malam. Kini, aku sudah tahu caranya. Sedikit sebanyak dapat mengubah hidup, juga mengubah cita-cita. Mulakan dengan ubah kebiasaan dahulu. Dari kebiasaan, akan mengubah kehidupan. Well, its easier said than done. Tapi at least its easier to say lah... Hahaha.
Aku jujur, banyak perkara aku ubah. Bangun pagi, membaca buku, menulis, lebih suka berkhayal dan berimajinasi (ofkos yang baik-baik) sehingga aku sedar yang sebenarnya aku adalah orang visual. Jika aku boleh bayangkan sesuatu, maksudnya aku boleh mencapai itu. Tapi kalau aku tidak mampu bayangkan, perjalanan untuk aku ke arah itu adalah tidak mudah dan hampir gagal. Oleh itu, aku selalu membayangkan sesuatu yang baik-baik, selain ianya salahsatu teknik law of attraction, ia juga jadi semangat aku untuk meneruskan apa yang sedang aku usahakan.
Benar kata arwah papa, dunia perniagaan tidak mudah. Seharusnya aku kekal je jadi cikgu. Tapi tidak boleh berpatah balik lagi, aku sudah bermula. I need to finish what I started. Doakan aku ya rakan, doakan aku sentiasa sihat, doakan aku sentiasa bersemangat, doakan aku berjaya dunia dan akhirat, semoga aku dapat memberi banyak manfaat kepada orang lain, semoga aku dapat memberi kehidupan kepada orang lain kerana aku tahu bagaimana rasanya hidup dalam kesempitan, hidup naik dan jatuh, dan aku tahu bagaimana rasanya ditinggalkan bersendirian. Semoga berkat doa kalian menjadi asbab aku tidak putus asa, menjadi semangat kepadaku untuk lebih berusaha dan menjadi asbab ramai lagi orang berjaya.
Till my next post gais.
ADA APA DENGAN CITA-CITA?
FOREVER LIVING ALOE SCRUB REVIEW
1. CONSULTATION YANG LENGKAP
Kesemua beautician disini akan check kulit kita terlebih dahulu. Kesuaian treatment juga bergantung kepada keadaan kulit kita. Macam kulit Myra masa ni memang agak teruk lah, sebab baru lepas datang bulan dan agak stress sikit. So Myra punya jerawat macam kecil-kecil dan pedih, gatal dan huru hara lahhh. Jadi, mereka sarankan untuk melakukan treatment OxyPeel C yang mana menggabungkan 3 teknik rawatan berbeza. Rawatan OxyPeel C adalah rawatan di mana prosedur ini sesuai untuk membantu kulit kusam yang memerlukan eksfoliasi lapisan epidermis paling luar.
2. RAWATAN YANG DIFORMULASIKAN OLEH PAKAR
- Menghilangkan parut jerawat dan segala jenis parut dengan cepat dan berkesan (seawal rawatan pertama dah boleh nampak perubahan)- Menghilangkan parut jeragat, kedutan dan mengecilkan pori- Menghasilkan sel kulit baru yg lebih lembut & menghaluskan liang roma kasar/ terbuka- Memperbaiki tekstur kulit dan tona kulit tak sekata- Menghasilkan kolagen kulit, membuang sel-sel kulit mati & mencerahkan kulit- Pengelupasan kulit secara menyuluruh dapat memberikan hasil yang sgt cepat dan efektif di mana dapat membaiki kulit yg lebih halus, berseri sekiranya mendapat rawatan sewajarnya.
3. SELAMAT DAN SELESA
4. HARGA YANG BERPATUTAN
5. BANYAK PROVEN TESTIMONI
STEP 1 : FACIAL WASH CLEANSING
STEP 2 : PROSES KECUTKAN JERAWAT DAN WAP PANAS UNTUK MEMBUKA PORI SUPAYA SENANG NAK BUAT EXTRACTION
STEP 3 : EXTRACTION WHITEHEAD / BLACKHEAD
STEP 4 : (1) OXYGEN FACIAL + SERUM KHAS DR. AZIRA
STEP 5 : MASK & WAP SEJUK
STEP 6 : MASK LED UNTUK NYAHKUMAN BAKTERIA DAN BANTU PROSES KECUTKAN JERAWAT
STEP 7 : (2) CINDERELLA PEEL
STEP 8 : WAP SEJUK
STEP 9 : MESOTHERAPY FACIAL
Penjagaan selepas treatment memang sangat leceh eh... Untuk orang yang rajin memicit jerawat macam Myra atau sejenis yang tak tahan muka gatal, atau memang jenis gatal tangan memang kena latih diri supaya jangan sentuh muka. Korang tahu tak tangan korang tu banyak kuman????!! Emosi gue...
Antara kelebihan Hydraoxy Glow C:1. Kita akan sedut keluar sel2 kulit mati2. Membersihkan whitehead & blackhead3. Mengcilkan pores dan akan melembapkan kulit.4. Bukan sekadar sedut je tau, kami ada menggunakan serum khas kami sendiri bergantung kepada keadaan kulit anda silap2 terus dapat instant glowing nak bermekap berdandan apa lagi makin smooth cantik je la uolss😍5. Vitamin C sangat bagus untuk kulit wajah di mana ia membaik pulih wajah dari penuaan, memelihara kulit wajah, mencerahkan kulit dan memudarkan parut jerawat dan jeragat.





















