#LIFE : Manifesto Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

Assalamualaikum and Hi

Perasan tak setiap entri mesti cakap minta maaf sebab asyik-asyik hilang? Jujurlah aku cakap, lepasni jangan percaya dah. Memang confirm hilang-hilang. hehe. Hilang kalau setakat satu dua hari masih boleh terima lagi, ini tidak. Sekali hilang, berabad baru jumpa balek. Sesiapa yang masih membaca entri ini, jangan lupa komen-komen ye di bawah! Dan saya ucapkan terima kasih banyak banyak, saya sayangkan awaaakkk! *love struck* 
Nak dijadikan cerita, entri kali ini in shaa Allah bermanfaat untuk semua pembaca especially kepada calon-calon Majlis Perwakilan Pelajar atau lebih dikenali sebagai MPP. Beberapa kolej dan universiti tak panggil MPP, ada nama nama lain seperti JPP kalau di IPG (kalau tak silap) dan juga beberapa nama lain. Tak ada masalah. Ini hanya sharing saya sahaja. Kalau rasa bermanfaat, boleh lah di amalkan ye ;)

Nampak tak, belum masuk topik dah panjang mukadimahnya, tak sampai lagi point sebenar ni, masih lagi di awal-awal cerita tapi bukan main semangat menaip. Topik kali ini, adalah ikhlas dari hati dan berdasarkan pengalaman sendiri ye. Dan juga turut menceritakan kemana hilangnya diriku selama ini, ye awak awak. Tekaan yang tepat. Disebabkan terlalu menabur bakti kepada pihak kolej sehingga blog saya terabai... *lalu burung-burung berkicauan*

Takdelah, tapi memang betul. Memimpin ni bukan satu tugas yang mudah dan bukan juga susah. Ianya tak susah tapi juga tidak semudah yang disangka. Orang akan cakap, jadi ketua ni seronok, tinggal suruh-suruh orang je. Tapi ada tak kita fikir, ketua kena pastikan semua teratur supaya tidak ada masalah dikemudian hari? Pernah terfikir tak masalah yang ketua perlu hadapi namun terpaksa sembunyikan dari pengetahuan ahli majlis yang lain supaya kerja yang dihadapi sekarang boleh disiapkan tepat pada masanya? Tekanan emosi, minda dan tenaga boleh buat ketua ni tak lama gila. Ndak lama gila bilang urang kampung sia. Sot kunun. Tapi jangan risau, topik ni bukan untuk takut-takutkan orang. Sesiapa yang mencalonkan diri sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar, memang tabik spring berpiringgggg dengan awak kerana dari beratus orang di kampus awak, awak berjaya mencalonkan diri! HEBAT LUARBIASA!




Ada beberapa tips yang saya boleh kongsikan kepada para calon supaya lebih bersedia dalam menghadapi proses percalonan lebih-lebih lagi manifesto. Haaa apa tu, seram sojuk je. Haa baca ni...

#1 : Manifesto Mesti RINGKAS, PADAT dan MUDAH DIFAHAMI

Letakkan diri anda sebagai seorang pelajar. Anda nak tak dengar manifesto merapu dan membebel panjang-panjang. Makin kita suarakan manifesto yang merepek, makin pelajar beri respond bermain main. Bukan bermaksud kita tidak boleh berjanjikan bulan bintang, tapi tepuk dada tanya selera. Mampukah kita?

#2 : Tunjukkan KREDIBILITI sepanjang musim berkempen.

Memandangkan MPP adalah salah satu organisasi yang berkempen secara sihat dengan tujuan yang murni, persaingan dikalangan pelajar juga sengit. Persaingan sengit adalah persaingan yang sihat! Kredibiliti tu macam mana? Dari segi tutur bicara, cara pemakaian dan paling penting MESTI sentiasa senyum. Jadikan senyum itu satu kebiasaan. TAPI, jangan time berkempen je senyum, memuji sana sini, petik bulan bintang. Dah menang, dapat masalah sikit, terus gelabah takde nak senyum-senyum dah. Salah tu.

#3 : Manifesto yang baik adalah manifesto yang ada TAGLINE dan sebutkan dengan penuh yakin dan TIDAK membosankan

Salah satu cara untuk membuat pengundi mengingati anda, adalah anda tampil menonjol dengan tagline sendiri. Kebiasaannya yang ada tagline sendiri ni, lebih menarik. Apatah lagi kalau anda jenis yang pandai jawab soalan cepumas. Memang terbaik. Maksudnya, anda memang telah tahu selok belok kampus. Jadi kalau anda diberi mandat, memang terbaik meletop lah kampus tu nanti. Pelajar pun tak menyesal undi. Ye dok? 

Ini lah beberapa cara yang saya guna juga untuk bertanding haritu. Sebenarnya memang nak share awal-awal lagi, tapi tak sempat sebab banyak tugas yang perlu dilaksanakan. Itu lah selalu hilang-hilang tu. Tak sempat nak sharing. Cara ini menurut saya, adalah pemahaman yang basic ye. Sesiapa sahaja mampu jadi ketua. Walaupun seorang perempuan. Manifesto saya, saya bahagikan kepada tiga. Boleh rujuk
kepada gambar lah ye. Oh ya, sebelum mengundurkan diri, semoga teknik ni mampu membantu para calon ye. Ingat, galas tanggungjawab dengan penuh amanah.

Anyway, sepanjang saya typing ni, saya baru lepas jawab soalan final exam. Rasanya belum terlambat untuk saya wish Selamat BerFinal para pelajar Kolej Poly-Tech MARA Semporna Sabah! 



8 comments:

  1. thanks kak senior, ada keyakinan sdh utk teruskan bertanding nie, tak lama lgi pencalonan mpp akan diadakan, so harap dngn tips nie sya akan brjaya dgelar 'MPP' XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERBAEK DIK! Memang itu semangat yg diperlukan! Goodluck, jangan lupa, laksanakan tanggungjawab sebaiknya!

      Delete
  2. tq atas tips yg akk bg! serius membantu gila..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama, seronok rasanya dapat bermanfaat. Semoga berjaya! :D

      Delete
  3. Thank you for some other informative blog. Search Twitter to find the latest news and world events faster. Find popular accounts to follow, like and share Twitter search.

    ReplyDelete
  4. Great post. Its really amazing blog. I am learning so many new things. Thanks for sharing it with us. Please provide more blog posts on how to use and get discount by using Zalora Singapore Coupons

    ReplyDelete
  5. Nama :: Fitri Reza
    Email :: Fitrireza72@gmail.com
    Whatsapp :: +6285775967323
    Negara :: Indonesia



    Nama saya Fitri Reza dari Indonesia, saya pernah mengalami kesulitan keuangan yang sangat sulit di masa lalu dan saya telah ditipu oleh pemberi pinjaman palsu yang mengambil dari saya dan tidak pernah benar-benar memberi saya pinjaman, sampai baru-baru ini ketika saya mendengar tentang perusahaan (FEMI OTEDOLA LOAN FIRM), yang memberikan pinjaman nyata dan sah, setelah berpikir serius saya sampai pada kesimpulan dan mengajukan pinjaman, setelah beberapa langkah, saya menyelesaikan proses dan saya menerima pesan dari perusahaan bahwa saya pinjaman telah ditransfer, pertama saya berpikir itu adalah lelucon dan saya lari ke ATM dan saya memeriksa dan mengetahui bahwa itu benar dan saya bersumpah untuk membagikan ini kepada semua orang bahwa FEMI OTEDOLA LOAN FIRM adalah nyata dan mereka memiliki bukti untuk saya bahwa memang ada perusahaan pinjaman yang sah dan jujur di luar Indonesia. jika Anda saat ini menghadapi masalah keuangan dan Anda ingin perusahaan pinjaman yang dapat dipercaya membantu Anda, hubungi FEMI OTEDOLA LOAN FIRM hari ini dan dapatkan pinjaman dengan cepat ..

    Kontak
    Perusahaan :: FEMI OTEDOLA LOAN FIRM
    Email :: Femiotedolaloanfirm@gmail.com
    Whatsapp :: +1 (469) 464-5833
    Whatsapp :: +1 (806) 395-2203

    ReplyDelete
  6. Akak,macam mana untuk manifesto setiausaha mpp?😰

    ReplyDelete