PLATINUM SUITE KLCC BY VALE PINE LUXURY HOMES, KUALA LUMPUR REVIEW

/ September 14, 2019

HALUUUU gais, siapa sini suka bercuti? Myra pun suka bercuti tapi tak suka jauh jauh dari rumah sebab takut kena hadap jem. Myra ni cepat melenting sikit kalau terpaksa stuck dalam jem lama lama. Boleh boleh membebel tak berenti. Hahaha. Jadi untuk korang yang sama spesis macam Myra ni, nak bercuti tapi taknak jauh-jauh tapi nak syok tapi nak fefeling oversea, korang boleh cuba check-in di Platinum Suite KLCC by Vale Pine Luxury Homes. Kawasan sangat strategik ye sebab memang depan tu je KLCC. Memang dekat tengah-tengah bandar, kalau jem korang jalan je kaki. Apa ade hal?



Menariknya suite ni dia seperti apartment tau. Yang Myra book ni melalui website Agoda (not sponsored, agoda u shud sponsor me) yang mana kita sedia maklum, Agoda ada banyak range harga yang menarik. Best deals lah! 


Ini bilik yang Myra book. Takde mahal sangat pun, berbaloi juga lah sebab ada 2 bilik, free wifi, 1 king bed, 1 queen bed, seperated room, siap ada dapur lagi. Luxury apartment lah kiranya. Sangat berbaloi kalau korang nak bercuti dengan member ramai-ramai lebih 2-3 orang tu atau korang bawa family sekali datang. Riuh! Paling best lagi, kanak-kanak di bawah umur 13 tahun boleh menginap secara percuma!

Interior yang sangat menarik tau



Oh ya, korang pun boleh akses untuk swimming pool sekali! Currlasssss.





Okay ini adalah wardrobe dia di bilik utama. Cermin depan ni sebenarnya pintu untuk terus ke bilik air. Tapi dari arah sini dia tak tembus pandang lah. Haa gitcheww. So orang yang tengah pilih baju tak nampak siapa tengah mandi lah. Tapi orang yang mandi dia boleh nampak orang pakai baju, gitchewww.


Basically dekat dalam wardrobe ni ada racks, ada drawers, ada iron board, iron, hanger... Memang lengkap sangat. Jangan risau, tak payah bawa iron dari rumah. Oh ya, hari dryer pun ada, korang jangan curi pulak.



Disediakan sekali oven microwave tau, kot kot korang nak panaskan makanan ke. Senang!


Dapur nak masak pun ada gais, siap mesin basuh pun ado. Haa, memang complete sangat!


Disebabkan size dia macam apartment, ruang tamu dia pun sangat selesa. Abaikan adik saya yee.




Ini pula bilik kedua. Kan Myra ada cakap yang dia bentuk apartment dan mempunyai 2 bilik. Ini adalah bilik kedua, dilengkapi dengan 1 queen bed dan ada almari dekat sebelah katil tu. Takde besar sangat tapi sangat selesa. 


Ini pula bilik utama yang mana ia bercantum dengan walking wardrobe yang Myra ambil gambar tadi. Dan juga bersambung direct ke bilik mandi. Bilik mandi tu ada 2 pintu, satu pintu menghala ke ruang tamu, satu lagi direct terus ke walking wardrobe seterusnya ke bilik utama. Haa gitcheww.


Oh ya, apartment ni pun sediakan peti sejuk sekali. Kot kot tengah malam teringin nak air sejuk, letak je sini takde masalah pun.


Sangat cantik kan? Spacious sangat. Sangat luas, ada dining table also. So korang boleh masak juga, boleh makan together juga. Kalau untuk enjoy dan have fun memang sangat seronok! So kepada korang yang nak menghabiskan masa untuk bercuti bersama keluarga di hujung minggu, Myra suggest korang cuba stay dekat sini! Selamat bercuti!



HALUUUU gais, siapa sini suka bercuti? Myra pun suka bercuti tapi tak suka jauh jauh dari rumah sebab takut kena hadap jem. Myra ni cepat melenting sikit kalau terpaksa stuck dalam jem lama lama. Boleh boleh membebel tak berenti. Hahaha. Jadi untuk korang yang sama spesis macam Myra ni, nak bercuti tapi taknak jauh-jauh tapi nak syok tapi nak fefeling oversea, korang boleh cuba check-in di Platinum Suite KLCC by Vale Pine Luxury Homes. Kawasan sangat strategik ye sebab memang depan tu je KLCC. Memang dekat tengah-tengah bandar, kalau jem korang jalan je kaki. Apa ade hal?



Menariknya suite ni dia seperti apartment tau. Yang Myra book ni melalui website Agoda (not sponsored, agoda u shud sponsor me) yang mana kita sedia maklum, Agoda ada banyak range harga yang menarik. Best deals lah! 


Ini bilik yang Myra book. Takde mahal sangat pun, berbaloi juga lah sebab ada 2 bilik, free wifi, 1 king bed, 1 queen bed, seperated room, siap ada dapur lagi. Luxury apartment lah kiranya. Sangat berbaloi kalau korang nak bercuti dengan member ramai-ramai lebih 2-3 orang tu atau korang bawa family sekali datang. Riuh! Paling best lagi, kanak-kanak di bawah umur 13 tahun boleh menginap secara percuma!

Interior yang sangat menarik tau



Oh ya, korang pun boleh akses untuk swimming pool sekali! Currlasssss.





Okay ini adalah wardrobe dia di bilik utama. Cermin depan ni sebenarnya pintu untuk terus ke bilik air. Tapi dari arah sini dia tak tembus pandang lah. Haa gitcheww. So orang yang tengah pilih baju tak nampak siapa tengah mandi lah. Tapi orang yang mandi dia boleh nampak orang pakai baju, gitchewww.


Basically dekat dalam wardrobe ni ada racks, ada drawers, ada iron board, iron, hanger... Memang lengkap sangat. Jangan risau, tak payah bawa iron dari rumah. Oh ya, hari dryer pun ada, korang jangan curi pulak.



Disediakan sekali oven microwave tau, kot kot korang nak panaskan makanan ke. Senang!


Dapur nak masak pun ada gais, siap mesin basuh pun ado. Haa, memang complete sangat!


Disebabkan size dia macam apartment, ruang tamu dia pun sangat selesa. Abaikan adik saya yee.




Ini pula bilik kedua. Kan Myra ada cakap yang dia bentuk apartment dan mempunyai 2 bilik. Ini adalah bilik kedua, dilengkapi dengan 1 queen bed dan ada almari dekat sebelah katil tu. Takde besar sangat tapi sangat selesa. 


Ini pula bilik utama yang mana ia bercantum dengan walking wardrobe yang Myra ambil gambar tadi. Dan juga bersambung direct ke bilik mandi. Bilik mandi tu ada 2 pintu, satu pintu menghala ke ruang tamu, satu lagi direct terus ke walking wardrobe seterusnya ke bilik utama. Haa gitcheww.


Oh ya, apartment ni pun sediakan peti sejuk sekali. Kot kot tengah malam teringin nak air sejuk, letak je sini takde masalah pun.


Sangat cantik kan? Spacious sangat. Sangat luas, ada dining table also. So korang boleh masak juga, boleh makan together juga. Kalau untuk enjoy dan have fun memang sangat seronok! So kepada korang yang nak menghabiskan masa untuk bercuti bersama keluarga di hujung minggu, Myra suggest korang cuba stay dekat sini! Selamat bercuti!


Continue Reading





Mesti korang akan terliur bila setiap kali nampak makanan macam ni kan?  Lebih-lebih lagi area Port Dickson. Ramai je jual burger tapi susah lah nak dapatkan burger homemade yang dagingnya tebal, rotinya rangup, dan siap ada cendol lagi weh! Menarik!

Untuk korang di area Port Dickson, jangan lupa rasa makanan dekat sini sebab selain harga yang berbaloi, lokasinya yang strategik juga akan buat korang makin jatuh hati nak makan sini hari-hari. Alaa senang je nak cari, ini lokasinya :

Mister Byte
Lot 1419, Jalan Kemang 13, Jalan Pantai Batu 8, Teluk Kemang, Port Dickson, 71050 Negeri Sembilan Darul Khusus.
Google Maps : Mister Bytez




 Terliur tak tengok Mango Float dia ni. Fresh sangat! Sedap minum time panas-panas.



Ini adalah BEEF BURGER yang paling famous dekat sini. Dia ada beberapa menu lain juga, tapi rasanya korang wajib try yang ni dulu sebelum try yang lain. Confirm puas hati! Dekat bawah ni ada beberapa menu yang lain juga, jangan lupa cuba tau! Wajib try kalau korang tak tau mana nak cari tempat makan best dekat Port Dickson.



Zaman sekarang ni, kena mula amalkan gaya hidup sihat. Semakin kita berusia, semakin banyak tenaga yang dikeluarkan semakin lemah badan kita, kalau kita tak jaga. Tapi itulah, sibuk sgt kerja sampai kadang tak terfikir nak jaga badan ni. Kadang nak makan pun tak sempat, apatah lagi nak mengunyah time kerja kan? Sibuk. Tapi kena ingat, kesihatan pun perlu dijaga. Daripada korang mengunyah sesuatu yang tidak baik untuk badan, apa kata korang cuba snek baru ni dari Signature Market!


Haritu Myra pergi ke launch Singnature Market yang mana mereka telah re-branding untuk pertama kalinya di Majapahit @ Marc Residence, KLCC. Mereka telah rebranding produk kepada yang lebih praktikal, iaitu menggunakan ziplock sekali dengan design yang sangat menarik! Very vintage lah kata orang kan, dan lebih senang untuk customer yang dah selalu beli untuk memilih jenis snek yang mana sebab Signature Market mengeluarkan beberapa jenis produk tau. Bukan satu je...

Mereka ada 3 produk iaitu Low Carb Mix yang mengandungi Almond, Walnut, Flower Seeds, Pumpkin Seeds dan Cashew. Omega-3 Trail Mix yang mengandungi Walnut, Almond, Pistachio, Cranberries, Pecan and Pumpkin Seeds. Seterusnya, Healthy Nut Mix yang mengandungi Almond, Cashew, Pecan, Peanut dan Hazelnut. 

Dan mereka pun ada sijil HACCP & GMP tau. Seperti yang kita tahu, kalau dah lulus HACCP & GMP maksudnya produk tersebut memang dah bersih dan terjamin kualitinya. Tanpa pengaruh bakteria, virus, toxins, parasit, pewarna dan pengawet tambahan, dan sebagainya lagi. SO korang jangan risau untuk cuba!


Kebetulan semasa event tu sempat berkenalan dengan kawan baru, Kak Fara! Cantik sangat jumpa depan-depan. Baik dan sangat lembut tutur bicara. Rupanya model yang selalu masuk GoShop tu! Kebetulan duduk satu meja, hehehe.

Tahu tak, menariknya lagi semasa event Signature Market tu, mereka bukan sahaja menghasilkan produk yang sihat dan berkhasiat, mereka juga menyediakan makanan kepada kami para bloggers dan rakan media, menu yang sangat berkhasiat tau! Jarang-jarang dapat menu yang organik dan sedap macam ni.





Menarik kan? 

Korang jangan lupa untuk cuba produk dari Signature Market ni tau, lebih praktikal, lebih menarik, lebih sihat! Jangan lupa visit website atau instagram dorang tau! Byeeee!

Instagram : SIGNATURE MARKET IG
Website : SIGNATURE MARKET

Korang mesti tahu kan, Myra dah mula berkecimpung dalam dunia Influencer Marketing ni?  Especially bagi sesiapa yang follow instagram Myra (@myraaaaawr) mesti banyak nampak, Myra mula join events, dapat reviews, jadi ambassador untuk certain brands. Ada yang pernah bertanya, macam mana nak mulakan? Dan Myra rasa sekarang adalah masa yang tepat untuk Myra kogsikan dengan korang tentang perjalanan dalam dunia Influencer Marketing ni. Semoga bermanfaat!

Myra sebenarnya mulakan dengan menjadi blogger selama 9 tahun, sejak tahun 2010. Kemudian, mula jaga traffic sejak 2018 dan terus melabuhkan sayap menjadi salah seorang influencer di Sushivid. Korang boleh search dan tengok sendiri ya. So untuk cara daftar dan sebagainya, sangat mudah. Antara company yang sangat senang untuk bekerjasama, sangat senang untuk request payout dan sangat mudah untuk menerima kerja. Overall, sesiapa yang berminat dan mempunyai komitmen serta creative korang memang kena sign up laju-laju!

So untuk post kali ni, Myra hanya akan cerita tentang cara nak payout request dari Sushivid, selepas kita dah berjaya buat kerja kita, takde salahnya untuk kita keluarkan duit kita. Selepas habis je campaign, duit kita akan di record kan di e-wallet kita. Dan korang boleh keluarkan pada bila-bila masa sahaja. Tapi sekarang, kalau tak silap, dorang akan proses setiap Isnin, jadi kena bertabah dulu ya.

1. Korang boleh terus tekan e-wallet korang dan boleh nampak, campaign apa je yang dah settle, berapa lagi yang pending (belum dapat payment), berapa total keseluruhan gaji kita. Dan korang boleh tekan PAYOUT REQUEST untuk keluarkan duit tersebut.



2. Macam yang korang tengok, dia ada charges. Kalau nak keluarkan duit di bawah RM 100, akan dikenakan charge sebanyak RM 2, kalau di atas jumlah tersebut akan dikira sebagai tiada charge!



3. Next korang boleh pilih campaign mana yang available untuk cashout, dan mana satu yang korang nak keluarkan.



4. Lepas dah settle pilih, dorang akan keluarkan slip. Dan korang dah boleh scnrsht lah. Settle! Senang gila kan?

 

So kepada korang yang dah join sushivid, jangan lupa untuk tetap berkarya dan bercreative! Sebab memang tak rugi. Dan kepada yang nak tambah side income, boleh terus daftar di Sushivid tauu. Sambil online, sambil buat income! 



Kesunyian bukanlah sesuatu yang asing bagiku. Melihat kembali perjalanan hidupku beberapa tahun kebelakangan ini, membuatku terfikir. Bilakah kali terakhir aku berjuang bersama orang yang aku harapkan? Letih hati mengingatkan bahawa berjuang sendiri itu tidak nyaman. Berjuang sendiri itu, perlu tenaga yang berkali ganda, kerana tanpa tulang empat kerat ini, masakan mungkin bergerak kehidupan ini. Berjuang sendiri itu mengajarkan aku, untuk lebih berani menghadapi risiko. Berjuang sendiri itu memberikan aku pemikiran yang lebih matang dalam menentukan pilihan. Bagiku, kesunyian melahirkan rasa perjuangan. Kerana tanpa perjuangan, hidup ini tidak akan berjalan.

Berulang kali aku gagal dan disetiap kegagalan itu, aku kongsikan bersama orang sekelilingku. Aku mendapat pelbagai reaksi dan juga kata-kata semangat. Ada juga yang meremehkan aku, berkata aku tidak mampu. Tapi apa pilihan yang aku ada? Selain berjuang untuk hidup. Satu persatu cebisan kehidupan aku susun, dari tersungkurnya diriku di lembah penyesalan hingga bangunnya diriku mencari titik pengharapan. Kini, aku lebih kuat berbanding aku yang sebelumnya. Terima kasih jasad, kau tetap ada disetiap hela nafasku. Paling tidak, hanya kau yang aku ada di saat dunia membelakangiku.

Wahai diriku, kita sudah bertahun-tahun lamanya bersama tapi begitupun aku masih belum mengenalmu. Setelah apa yang kita lakukan bersama, aku merancang untuk tahu lebih banyak tentang kau mulai sekarang. Aku tahu kau telah melakukan yang terbaik. Maaf, andainya aku terlalu menghukummu dan memperlakukan kau dengan buruk. Dan maaf andainya aku membuatkan kau terasa kecil. Aku betul-betul minta maaf. Aku membuatkan kau bekerja keras, demi aku. Pasti sukar bagimu. Kau pasti ingin menangis tapi kau bertahan dengan senyuman. Terima kasih kerana kuat, sayang. Oleh itu, aku ingin kau bahagia mulai sekarang. Lupakan hari kemarin, dan hiduplah untuk hari ini. Setiap hari, fikirkanlah masa depanmu. Lakukan apa yang ingin kau lakukan dan lakukan apa yang kau suka. Dan teruslah mencari jawapan untuk setiap persoalanmu. Jadilah seorang pemenang, kau pasti akan berjaya pada akhirnya. Harapanku, jadilah kuat bersamaku hingga ke akhir.

Kadang aku terasa lemah dengan setiap dugaan dan cabaran hidup. Aku rasa dunia tidak adil. Aku tidak sedar bahawa yang kejam, bukan dunia ini. Hanya saja aku yang belum mengenal dunia. Aku terleka. Tapi aku sedar, bahawa ceritaku tidak berhenti sampai disini. Sesakit apapun jalan cerita hidupku, perjuangan perlu diteruskan. Kita hanya mampu menadah tangan dan meminta. Jangan pernah putus asa, ada sebab kenapa kita dicipta. Semoga segala percaturan hidup, diselesaikan oleh Yang Maha Esa.

AKU DAN DIRIKU

by on June 20, 2019
Kesunyian bukanlah sesuatu yang asing bagiku. Melihat kembali perjalanan hidupku beberapa tahun kebelakangan ini, membuatku terfikir. Bi...

Kau pernah rasa sunyi? Aku pernah. Kau pernah rasa diabaikan? Aku pun pernah. Kau pernah rasa sendiri? Aku, pernah. Mungkin perasaan kita sama tapi jalan cerita yang lain. Aku pernah berharap, berharap untuk bahagia. Aku dah jalani kebahagiaan itu beberapa tahun lepas. Tapi aku terleka, aku terlupa, kebahagiaan itu tak kekal selamanya. Sifat penyendiri itu harus ada. Supaya kita lebih muhasabah diri. Supaya kita mampu mengumpul kekuatan, supaya kita mampu berfikir. Dengan cara tu, kita boleh menulis semula jalan kehidupan kita.

Beberapa tahun dulu, aku seorang yang kasar, keras, nakal, tapi setakat nakal gitu-gitu jela. Tak buat benda aneh aneh. Aku rasa, aku tak patut jadi macamtu. Aku perlu berubah demi masa depan aku. Aku berjalan melalui liku-liku kehidupan yang mana aku rasa aku perlu pergi jauh, untuk lebih berdikari. Tiba aku di suatu tempat, yang penuh dengan pengharapan, impian, kejayaan aku berehat sejenak di suatu pokok. Pokok ni tidaklah kukuh, tetapi nyaman untuk berteduh, untuk bercerita, untuk bergembira, untuk memberi peluang kepada aku belajar tentang kehidupan baru. Terasa seperti indah, apabila ia menghadiahkan aku buah-buahan dari dahannya sendiri. Walaupun setiap hari, dedaun ditubuhnya gugur mencecah bumi, ia tidak berhenti untuk membuat aku tenang, membuat aku tidak sunyi, malah mampu membuatku berasa cukup dengan hanya ada lindungannya. 

Kadang kala, ia bergoyang ditiup oleh sang angin. Kadang kala, ia terpaksa menahan peritnya panas sang mentari. Kadang kala, ia terpaksa menepis kuatnya sang ribut. Tapi tidak pernah sedikit pun ia mengadu kepadaku, yang ia sudah letih. Ia tetap berusaha untuk melindungiku, ia tetap berusaha untuk membahagiakanku. Aku berasa tenang. Sampai suatu masa, aku rasa aku perlu kembali ke tempat asalku. Waktu seiring berjalan, tidak menyangka bertahun berada disisinya, aku mengumpul kekuatan untuk meninggalkannya demi masa depanku. Aku sedar, bahwa keletihan itu wujud. Aku tidak menyalahkan takdir, tapi mungkin ini adalah yang terbaik untukku. 

Wahai pokok, teruslah membesar dengan baik. Andai saja kau tahu, betapa susah untuk membajamu sehingga kau menjadi sekukuh sekarang. Berlawanlah dengan tanah, angin, air, matahari dan sekelilingmu agar kau tetap teruskan perjuanganmu. Sekiranya aku ditakdirkan untuk kembali, aku ingin melihat kau tumbuh dihiasi oleh buah-buahan ranum dan bunga-bunga yang indah mekar. Sekiranya kita ditakdirkan bertemu, dengan izin yang Maha Kuasa, aku ingin bertemu kau kembali dan menyampaikan salam rinduku padamu. Kau adalah sebahagian dari kenangan bermainku dahulu. Kau adalah kenangan terindahku.  Kau adalah sumber kekuatanku. Dan, sekiranya aku diberi pilihan untuk memutarkan waktu atau melompat ke masa hadapan, akan kupilih mundur ke waktu kita bermain dulu. Kata orang, tempat yang jauh lagi dikenang inikan pula tempat bermain. Tetaplah membesar, tetaplah bahagia. Semoga bahagia menjadi milik kita. 

Kini setelah kembali, aku ingin menjadi seperti diriku yang dulu. Bukan berubah, hanya ingin mencuba untuk hidup kembali. Disaat aku mengejar impianku, mengejar pengharapanku, aku ingin sekali berteduh. Tapi sayang, tidak ada pokok disini. Kalaupun ada, ianya tidak sama. Ah, mungkin aku terlalu sentimental. Tapi itulah yang terjadi. Aku akan kembali, menjadi diriku yang dulu. Aku yakin, kehidupan ini adalah buku yang terbaik. Hanya kita yang mampu memilih untuk menulis jalan cerita seperti apa yang kita inginkan. Disetiap kesusahan, akan tersisip kesenangan pada akhirnya. Percayalah, kita sebagai hamba yang sabar, teruskanlah bersabar. Mungkin ada perkara yang Tuhan nak ajar. 

AKU KEMBALI.

by on June 13, 2019
Kau pernah rasa sunyi? Aku pernah. Kau pernah rasa diabaikan? Aku pun pernah. Kau pernah rasa sendiri? Aku, pernah. Mungkin perasaan ki...

Siapa sini pernah guna sabun Johnson's baby? Biasa dulu masa kecil-kecil mesti selalu guna sabun dan lotion dari Johnsons kan. Johnsons ni adalah jenama produk penjagaan bayi yang dipercayai oleh ibu kita sejak 120 tahun dan telah menawarkan produk untuk bayi dan dewasa di lebih 175 buah negara dan telah digunakan hampir 8 billion bayi di seluruh dunia. Haa banyak nau dan dan nya. Hahaha. 

Johnson's baharu ni diformulasikan dengan Ultra Gentle yang mengandungi 0% paraben, ftalat, sulfat dan pewarna dan dihasilkan tanpa sebarang kerengsaan terhadap kulit bayi dan kanak-kanak yang sedang berkembang. Amazing kannn, dan paling best lagi dia cepat menyerap tau. Myra dah try pakai. Sekali pakai tu terus cepat kering, berbanding dengan produk bayi jenama lain.

Apa spesialnya Johnsons yang baru ni? 
  • Bahan yang lebih bermanfaat - Johnson telah memilih setiap bahan dalam range kali ni dan telah menolak lebih 400 bahan sewaktu proses formulasi. Portfolio bahan telah dikurangkan sebanyak 50% dengan minyak yang diperoleh secara semula jadi seperti minyak kelapa dan biji kapas dipilih untuk menggantikan minyak mineral. Range baru ini adalah 0% paraben, ftalat, sulfat dan pewarna - haya kurang daripada 2% daripada bahan kosmetik di peringkat global yang memenuhi piawaian kelembutan

  • Wangian yang direka dengan mengutamakan ibu dan bayi - Bau, ingatan dan emosi mempunyai ikatan yang rapat antara satu sama lain. Kajian menunjukkan bahawa pengalaman berbilang deria merupakan bahagian yang penting dalam perkembangan bayi yang sihat dan gembira. Johnsons bukan sahaja mengekalkan haruman ikonik yang dimiliki produk klasiknya yang terkenal dan disukai ramai serta dicipta untuk memaksimumkan saat-saat ikatan antara ibu bapa dan bayi mereka. Semua wangian kini diformulasi supaya bebas alergen dan mematuhi standard global Persatuan Pewangi Antarabangsa (IFRA) dan Institut Penyelidikan Bahan Pewangi (RIFM)

  • Pembungkusan yang mesra ibu bapa - Dilengkapi engan pam yang direka untuk penggunaan yang mudah menggunakan satu tangan supaya perhatian ibu bapa sentiasa tertumpu pada bayi.

  • Produk yang direka khas untuk setiap peringkat dan umur bayi - Membersihkan dan melembapkan - Setiap satu diformulasi khusus untuk memenuhi keperluan istimewa kulit bayi dan menjadikan saat-saat penjagaan sebagai peluang untuk mengeratkan hubungan antara bayi dan ibu bapa mereka serta mengukuhkan perkembangan mereka dengan sihat. Rangkaian baharu ini menampilkan empat 'Umur & Peringkat' bagi membantu ibu bapa memilih produk mengikut kumpulan masing-masing. Rangkaian penjagaan bayi Johnsons yang baharu sesuai untuk bayi yang baru lahir hinggalah yang berumur 6 tahun.



Korang boleh tengok, formulation baru ni very gentle tau. Lembut sangat dan paling best ianya cepat sangat meresap. Sesuai untuk newborn baby, so mereka tak rasa rimas. Cepat sangat kering dan dapat melembabkan kulit tau. Rasanya bukan baby je suka, Myra dah tua ni pun suka! Hahaha.


Oh ya, sekarang Johnsons tengah collaborate dengan Watsons tau. Korang better cepat-cepat pergi ke Watsons store berdekatan sehingga 3 Julai 2019 ni, sebab korang layak untuk dapatkan Travel Toiletry Bag exclusive tauu! Cepat, cepat dapatkan!

Hari ni rasa malas sangat nak keluar rumah. So apa lagi, jom buat nasi goreng. Nasi goreng ni senang tau dan mempunyai element khasiat yang lengkap. Karbo jugak, ada protein jugak, ada vitamin jugak, semua lengkap lah. So, without any further ado, let's get started. Cewah...

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN:
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Mentega
  • Ikan bilis
  • Cili giling (atau blend je cili merah biasa tu)
  • Kangkung
  • Cili padi merah (yang kecil tu, nak yang hijau pun ok)
  • Perencah Nasi Goreng Kampung
  • Nasi
So pertama sekali, masukkan planta ke dalam kuali. 


Dah agak mencair, korang masukkan bawang putih dan bawang merah pulak. 


Lepastu korang tumis sampai bawang tu layu. Kemudian masukkan, ikan bilis, goreng sekejap.


Kemudian korang masukkan cili, so mentega tu akan rasa pedas lah. Macam tu Myra buat.


Kalau tak tahan pedas, letak sikit jela. Tapi kalau korang tahan, banyak pun takpe.


Lepastu masukkan cili padi ni. Memang betul kata orang, kecil-kecil cili padi. Nampak je kecil. Pedas dia nokharom.

Korang pun gaul gaul sekejap je, then masukkan kangkung. Tumis sekejap je sampai layu. Pastikan basuh dulu kangkung tu bersih-bersih.


Kemudian baru korang masukkan nasi. Ofkos lah nasi, bukan beras tau. Masukkan nasi, korang gaul gaul semua sehingga sebati. Baru korang masukkan perencah nasi goreng kampung. Senang sikit. Hehehe.


Lepas dah letak tu, korang gaul lagi. Sehingga sebati. Selepas semua dah sebati, nasi semua dah masak. Korang dah boleh hidang dah. Senang kan? Kalau nak lagi sedap macam dekat warung-warung tu kan, korang goreng lah telur dadar satu. Dah jadi dahhhh.. 


Hi korang, macam biasa lah Myra bila tengah lapar memang rajin search google nak makan apa. Belek-belek terus terjumpa ada satu resepi ni. Tapi the real resepi kuahnya banyak. Myra tak letak kuah banyak sebab lebih kurang kering gitu. Kebetulan ada pula bahan-bahan dekat rumah, so jom kita cuba!

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN :
  • Bawang putih
  • Bawang Holland (tapi Myra ganti dgn bawang merah)
  • Garam
  • Ayam / Udang / Sotong / Apa apa yang you guys suka sebagai extra ingredients
  • Linguine (Myra guna Angel Hair)
  • Olive oil (Myra guna oil biasa je)
  • Black pepper
  • Sos Tomato (korang pun boleh letak cherry tomatoe sebagai hiasan)
  • Heavy Cream (kalau nak berkuah)
  • Susu 100ml + Marjerin 2 sudu (kalau nak pekat tapi tak berkuah sgt)


FIRST OF ALL, korang masukkan Oil ke dalam frying pan. Lepastu tumis bawang putih dan bawang holland. 




LEPASTU, masukkan ayam atau udang atau sotong. Isi yang korang nak makan dengan pasta ni. Sebenarnya orang guna udang je, tapi ada yang tak boleh makan udang kan. Korang ganti je dengan ayam. At least, korang dapat makan. Macam Myra, adik Myra tak makan udang. Tapi Myra makan udang. So Myra goreng asing.



LEPASTU korang masukkan PEPPER dan GARAM. Supaya udang atau ayam korang tu ada rasa sikit. Gaul gaul sekejap, korang masukkan pula SOS TOMATO. Myra guna SOS Tomato preggo yang untuk spagetti tu. Lepastu masukkan heavy cream. Kalau nak agak kering, letak sikit je pun takpe. Supaya lebih creamy, korang letak lebih pun takpa.



TARAAAA DAH SIAP! Taburkan sedikit pepper di atas tu kalau korang suka, letak daun-daun sikit. Dah cantik dah! Selamat mencuba!